.

Friday, 14 February 2014

Zaid Ibrahim bertanding di Kajang?

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini menyatakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

Menulis dalam blognya, Zaid berkata beliau cenderung untuk menawarkan diri sebagai calon bebas kerana bertanding dalam pilihan raya itu akan membolehkannya menangani banyak isu-isu politik dan ekonomi yang dialami negara.

"Menulis blog ini (www.zaid.my) adalah menyeronokkan tetapi bagus juga untuk bercakap secara bersemuka dengan rakyat sebenar, mendengar apa yang mereka mahu katakan dan, sudah tentu, menjamu sate bersama mereka.

"Bercakap kepada pengundi Kajang juga akan menguji penerimaan beberapa idea saya, yang seterusnya boleh menjadi maklum balas yang berguna untuk pembuat dasar kita.

Zaid berkata beliau telah pun menggariskan beberapa perkara yang beliau akan suarakan dalam kempen, antaranya, pentingnya memerangi akar polarisasi kaum, usaha untuk mengekalkan keamanan dan perpaduan antara orang Islam dan bukan Islam, serta program ekonomi dan pendidikan untuk membina kemahiran.

Katanya, beliau juga akan mendapatkan penjelasan dari Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan PKR berkaitan pilihan raya kecil tersebut, yang dianggap oleh sesetengah pemerhati politik sebagai membazir.

- Bernama

4 comments:

  1. Aku ingin cadangkan agar satu badan bebas anjurkan satu debat antara dsai dan zaid sempena prk kajang. Masing2 berikan sebab kenapa rakyat kajang perlu pilih mereka jadi wakil mereka. Secara tak langsung prk kajang satu permulaan demokrasi yg subur tg dpt membuka mata rakyat msia bahawa sebelum mengundi mereka berhak mengetahui apa yg yb mereka ingin berikan kpd mereka.

    ReplyDelete
  2. Come and join me....


    http://stayreward.com/index.php?share=115728

    ReplyDelete
  3. Hahaha mabuk kuasa, mabuk rasa diri hebat, mabuk toddy hahaha mabuk beer lagi bagus dari bertanding....perasan lawyer taik kuching mabuk air ketum...tak tahu la kalau rakyat hendak zaid ni. Hebat amenda mamat ni...apa yang dia dah buat sekadar letak jawatan jadi menteri je....poraaah

    ReplyDelete
  4. Kepada ketua MCA Malaysia Datuk Seri Liow Tiong Lai,

    Kami ingin memberitahu bahawa ketua cawangan MCA Gombak YIP KUM FOOK dan ketua pemuda MCA Gombak YIP JIUN HANN, namanya sangat kotor di masyarakat Cina.

    Untuk kemenangan pilihan kecil, Calon BN PRK DUN Kajang: Datin Paduka Chew Mei Fun, kami harap peminpin MCA dan parti komponen BN, jauhkan orang yang tersebut di atas.

    Kalau tidak parti MCA tentu akan kalah dengan lincin

    Sekian, Terima Kasih

    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist