.

Friday, 3 January 2014

Harussani harus dipecat sebagai Mufti

Kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang berpendapat peserta Turun malam kelmarin sebagai "bughah" atau pemberontak dimana halal darahnya adalah satu pernyataan yang teruk. Ia merupakan satu kenyataan berunsur jenayah yang boleh mengundang bahaya besar.

Apa kata kalau ada mereka yang emosi dan beriman kepada Mufti berkenaan akan bertindak gila membunuh mana-mana peserta himpunan membantah kenaikan kos sara hidup (Turun) itu kerana terpengaruh dengan keilmuan songsang Mufti itu. Tidakkah tindakan itu merbahaya?

Di sini saya mencadangkan pihak penganjur himpunan itu dan juga peserta membuat laporan polis terhadap kenyataan Harussani Zakaria seperti mana disiarkan Berita Harian dan dipetik oleh Malaysiakini itu. Kita juga mahu tengok apakah Zahid Hamidi sedia mengarahkan polis segera menyiasat.

Pandangan sebegitu dari seorang menganggap dirinya ulamak adalah sangat malang ke atas senario agama Islam di negara ini. Pandangan demikian lebih merbahaya dan tajam daripada pandangan Syiah ke atas Sunni dan hampir menyamai pandangan Yahudi ke atas Islam

Ia adalah pandangan terbuka tanpa ada tapisan dari segi bahasa, tidak bijaksana sebagai seorang dikatakan alim al ulamak mengeluarkan kenyataan sampah (rubbish) begitu. Sekiranya berlaku sesuatu ke atas mana-mana peserta himpunan Turun selepas hari ini, Harussani hendaklah dipertanggungjawabkan. Jangan lepaskan beliau.

Gesaan pihak-pihak tertentu agar Mufti berkenaan menarik balik dan mohon maaf ekoran kenyataan itu adalah wajar dan perlu disokong. Harussani harus sedar apa yang dilakukan itu mengikut 'mesin' Umno, sesuatu yang merosakkan penghormatan orang bukan Islam terhadap institusi bernama Mufti. Malanglah Islam yang kita gemilangkan selama ini tiba-tiba rosak dengan hanya pandangan seorang manusia seperti beliau.

Apa dilakukan Harussani seperti umpama rosak susu sebelanga kerana nila setitik. Adalah wajar kalau kerajaan Perak menilai semula keilmuan Harussani di dalam hal ini, dari segi lisan dan akidah agar negeri itu tidak direkodkan sebagai mempunyai seorang Mufti yang kurang waras pertama di negara ini.

Kalau perlu beliau harus dipecat kerana kerosakkan bukan hanya kepada dirinya tetapi seluruh institusi ulamak, mufti di negara ini turut sama ternoda oleh perbuatannya.

Dalam masa kita memburu dan menentang penyebaran Bible dalam bahasa Melayu oleh Kristian, tetapi kita pula sanggup mengeluarkan pandangan demikian yang entah di ambil dari kitab 'jumhur' mana dan dituju pula kepada darah daging sendiri hanya semata-mata kerana termakan racun bernama politik mendokong Umno.

Mohd Sayuti Omar

6 comments:

  1. Tahun baru cina himpunan turun? Lihat sini guling2

    ReplyDelete
  2. TAK PATUT DIPECAT DIA PATUT DIHUKUM REJAM SAMPAI MATI ATAU PUN DIGANTUNG SAMPAI MATI DIKHALAYAK RAMAI DPEKAN IPOH.DAJAL MACAM NI TAK BOLEH DILENGAH LENGAHKAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. mufti tua lagi nyanyok, rumah kata pergi, kubor kata mari masih gilakan dunia dan sanjungan.

      Delete
  3. ulaRmak.......

    ReplyDelete
  4. Pecat? Sepatutnya dia tidak dilantik pun tapi apa nak buat sebab kita ketandusan alim ulamak.

    ReplyDelete
  5. Bukan kerana ketandusan ulamak, tapi sani ni alat untuk kepentigan gulungan perentah yang dajal, termasuk juga ketua agama yang tiada fungsi hanya makan tidok-makan tidok saja.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist