Oleh : Shahbudin Husin
Ketika ini sedang berlangsung perhimpunan aman Turun bagi membantah
kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup. Dilaporkan ribuan
rakyat sedang berhimpun di tiga lokasi yang telah ditetapkan iaitu di
depan Kompleks Sogo, Masjid Jamek dan Pasar Seni untuk menuju ke Dataran
Merdeka sebagai destinasi sebenar perhimpunan tersebut.
Memandangkan kehadiran peserta demonstrasi akan bercampur dengan hadirin
yang ingin menyambut ketibaan tahun baru, tidak dapat dielakkan bahawa
kehadiran adalah dijangka melimpah-ruah. Dalam masa yang sama, terdapat
juga mereka yang hadir untuk meraikan tahun baru tetapi turut membantah
kenaikan harga barang yang sedang berlaku sekarang ini atau dalam
ertikata lain hadir dengan dua tujuan.
Namun, bagaimanapun sambutan rakyat terhadap perhimpunan Turun ini,
hakikat yang nyata ialah kedudukan Najib sedang merudum di mata umum.
Jika perhimpunan berjaya dengan aman serta kehadiran puluhan ribu orang
dapat dicatatkan, gambarannya langkah Najib menaikkan harga minyak,
tarif letrik dan merasionalisasikan subsidi sehingga mewujudkan rantaian
kenaikan harga barang adalah tindakan yang salah dan tidak diterima
rakyat.
Jika berlaku sesuatu yang buruk yang melibatkan keganasan atau
kecederaan, balanya lagi buruk buat Najib. Beliau dan kerajaannya akan
disorot oleh seluruh dunia sebagai kerajaan yang keras, tidak bertolak
ansur dan sanggup berbuat apa saja untuk mempertahankan kuasa.
Berjaya atau gagal perhimpunan Turun ini, impaknya tetap menyusahkan
Najib. Tambahan pula dalam keadaan seperti ini, beliau juga tidak berada
di dalam negara dan sedang bercuti bersama keluarganya. Walaupun
hebahan dan maklumat tentang perhimpunan ini sudah lama diketahui,
nampaknya bagi Najib, cuti tetap cuti.
Perhimpunan ini bukan saja membantah kenaikan harga barang dan kos sara
hidup tetapi yang lebih penting ialah menolak pendekatan Najib yang mahu
memansuhkan subsidi secara perlahan-lahan (istilah yang digunakan
rasionalisasi) sehingga menyebabkan harga minyak dan tarif letrik turut
mengalami kenaikan.
Najib lebih melihat penjimatan susbsidi bernilai RM46 bilion setahun
sebagai jumlah yang besar untuk menambah tabungan negara. Dalam
Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini juga Najib mempertahankan bahawa
perbelanjaan subsidi yang besar yang hampir menyamai belanja pembangunan
RM49 bilion adalah sesuatu yang tidak munasabah dan negara tidak
mungkin mampu bertahan selama-lamanya dengan kaedah itu.
Masalahnya ialah rakyat telah menerima subsidi dalam bentuk pengurangan
harga barangan keperluan harian sudah terlalu lama dan pemansuhan secara
drastik serta berturut-turut membuatkan ramai yang terbeban
kehidupannya, lalu bangkit dan menjerit.
Dengan kedudukan Najib yang semakin melemah akibat penolakan rakyat
terhadap dasar merasionalkan subsidi sehingga meningkatnya banyak harga
barangan serta kehidupan rakyat menjadi semakin terhimpit, hari ini
Muhyiddin Yassin yang baru kembali bertugas setelah bercuti di luar
negara seakan telah membawa khabar gembira buat rakyat dengan menyatakan
kerajaan akan melihat semula dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan
sebelum ini.
Muhyiddin menyatakan subsidi kerajaan perlu dilihat semula secara lebih
holistik dalam usaha meringankan beban kehidupan rakyat, terutama
kumpulan sasaran.
Ini bermakna bahawa Muhyiddin amat menyedari kenaikan harga barang ini
amat membebankan rakyat dan menjadi utama kemarahan mereka terhadap
kerajaan ini. Lantaran itu, beliau mahu mengkaji dan melihat semula
dasar yang telah dilaksanakan itu. Ini dipercayai langkah awal meredakan
kemarahan ramai terhadap kerajaan.
Walaupun sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin sebenarnya turut
bersetuju dengan dasar rasionalisasi subsidi yang dilakukan Najib
sebelum ini, nampaknya beliau mula berubah nada. Muhyiddin mula
menunjukkan beliau pro rakyat kerana menyedari rakyat tidak gembira
dengan kenaikan harga barang sekarang ini.
Jika kita masih ingat, tindakan Muhyiddin ini tidak ubah seperti apa
yang dilakukannya terhadap Pak Lah dahulu. Meskipun tarikh pengunduran
Pak Lah sebagai Perdana Menteri telah dimaklumkan kepada kabinet dan MT
UMNO serta dipersetujui pada awalnya, tetapi oleh kerana adanya rungutan
bahawa tarikh yang dipilih oleh Pak Lah itu terlalu lama, Muhyiddin
akhirnya bersuara di Singapura mendesak agar tarikh itu dipercepatkan.
Desakan itu akhirnya disambut oleh banyak pihak sehingga Pak Lah akur menyerahkan kuasa kepada Najib pada April 2009.
Dengan kedudukan Najib yang kian merosot dan tidak lagi digembirai oleh
majoriti rakyat, Muhyiddin seperti sedang mengorak langkah menampilkan
dirinya sebagai hero rakyat, sambil menambahkan lagi tekanan terhadap
Najib. Melalui jaminan untuk mengkaji semula pemansuhan subsidi, tidak
diragui lagi bahawa Muhyiddin bakal lebih disukai dan diberikan sokongan
selepas ini.
Najib terlihat berkeras mahu mengekalkan dasar memansuhkan subsidi dan
bergantung banyak kepada Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala tetapi
rakyat jelas tidak gembira dengan semua itu. Sebagaimana mereka meluat
dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup, begitulah juga
meluatnya rakyat terhadap Idris Jala.
Isunya di sini bukanlah sama ada kerajaan terguling atau tidak melalui
perhimpunan Turun ini, tetapi apakah Najib masih mampu membawa kejayaan
kepada BN dalam PRU 14 nanti. Satu demi satu bencana politik yang
dihadapi Najib meletakkan kuasa semakin rapuh dalam genggamannya.
Sementara kedudukan BN terlihat semakin terumbang-ambing dan mungkin
kecundang pada pilihanraya 2018 nanti, Muhyiddin dengan jaminan mahu
mengkaji semula subsidi seperti sedang menampilkan dirinya sebagai
harapan baru untuk mengembalikan semula sokongan rakyat terhadap BN dan
kerajaan.
Adakah beliau akan berjaya dalam misinya kali ini sebagaimana
kejayaannya mengundurkan Pak Lah dahulu? Hanya masa yang akan menentukan
tetapi bidalan selalu mengingatkan, cencarau makan petang memang
selalu pulang kenyang. (SH 31/12/13)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-