.

Wednesday 8 January 2014

Pertahan kalimah Allah, judi pertahan juga

KUALA LUMPUR: Tindakan Kerajaan Pusat meluluskan 22 permit cabutan khas (special draw) kepada setiap syarikat nombor ramalan (NFO) di Semenanjung Malaysia pada tahun ini dilihat bertentangan dengan pendirian mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah.

Ahli awatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Kerajaan BN bermati-matian mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam tetapi dalam masa yang sama menggalakkan perjudian di negara ini.

"Kerajaan pertahankan penggunaan kalimah Allah, nak pertahankan kesucian kalimah Allah tapi dalam masa yang sama pertahankan juga judi.

"Ini sikap yang sangat kontradiks yang ditunjukkan kerajaan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Baru-baru ini kerajaan meluluskan tambahan permit kepada Syarikat Magnum, Damacai dan Sports Toto.

Ketiga-tiga syarikat perjudian ini akan mengadakan cabutan khas melibatkan 22 hari Selasa sepanjang tahun 2014.

Ini bermaksud terdapat tambahan sebanyak 66 kali cabutan nombor ekor untuk diperjudikan di Semenanjung Malaysia untuk tahun ini sahaja. Untuk Sabah dan Sarawak, jumlah cabutan adalah lebih banyak kerana terdapat 3 lagi syarikat perjudian NFO yang hanya beroperasi di Sabah dan Sarawak.

Menurut Idris lagi, kerajaan seolah-olah sangat bergantung kepada hasil perjudian untuk menampung pendapatan negara.

"Ini merupakan petunjuk bahawa Malaysia merupakan salah satu pusat judi yang hebat seperti Las Vegas.

"Kerajaan seolah-olah menggalakkan rakyat Malaysia termasuk orang Islam sendiri berjudi.

"Pendapatan dari hasil judi ini cukup tinggi tetapi kerajaan perlu fikirkan sensitiviti agama dan ada di kalangan orang bukan Islam sendiri tidak setuju dengan judi termasuk judi bola," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tambah beliau lagi, walaupun kerajaan mengutip pendapatan yang tinggi daripada hasil judi, kerajaan harus bermuhasabah terhadap segala bencana alam yang terjadi.

"Banyak perkara-perkara aneh berlaku di Malaysia akhir-akhir ini. Banjir besar, jenayah meningkat, ini semua mungkin pembalasan dan peringatan dari Allah akibat perbuatan kita," katanya yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah PAS Pusat.

Mengikut satu jawatan Menteri Kewangan di Parlimen, jumlah cukai pertaruhan daripada 6 syarikat operator nombor ramalan bagi tahun 2008 hingga 2012 ialah sejumlah RM6.3 billion/~harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist