Azan,
yang dibebaskan polis selepas ditahan selama 20 jam semalam turut
mempersoalkan tindakan berkenaan, serta tuduhan “serkap jarang” ke
atasnya, kerana didakwa terlibat dalam usaha untuk menggulingkan
kerajaan.“Adakah dengan memperjuangkan hak dan suara rakyat supaya bebanan kos sara hidup mereka diturunkan, maka, saya digelar penjenayah berat dan diserbu sebagai seorang penjenayah?
“Hakikatnya, saya menyeru masyarakat turun dan menyatakan sokongan mereka supaya kerajaan tidak mengambil ringan dan memandang enteng masalah beban kos sara hidup rakyat menjelang 2014.
“Di manakah salahnya?,” katanya lagi dalam kenyatannya, yang mengimbau semula detik-detik ketika beliau ditahan sepasukan anggota polis semasa sedang makan di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada malam Isnin.
-malaysiakini



