oleh : Shahbudin husin
Sesiapa pun kini tidak dapat lagi menyembunyikan kebimbangannya terhadap
keupayaan Najib dalam memimpin negara ini. Pretasinya merosot hari demi
hari, kedudukan ekonomi kian memburuk, hutang negara bertambah dan
kehidupan rakyat tidak pernah menjadi lebih baik.
Menambahkan beban derita rakyat melalui pelbagai kenaikan kos sara hidup
bagaikan sudah menjadi amalannya, terutama sejak berakhirnya PRU 13
lalu. Di sebalik pelbagai janji untuk memulihkan ekonomi dan menyatakan
prestasi ekonomi negara berada di landasan yang betul, hakikatnya
semakin hari semakin banyak wang dari poket rakyat yang cuba disedut
atas nama kesejahteraan negara dalam jangka panjang kononnya.
Dan setiap kali berlaku kenaikan dan menambahkan derita rakyat, Najib
seolah-olah tidak berasa berdosa melakukannya. Beliau sentiasa mencari
hujah-hujah yang logik untuk mewajarnya segala kenaikan itu, walaupun
banyak daripada hujahnya kelihatan dangkal dan tidak masuk akal.
Dalam mempertahankan kenaikan pelbagai harga barang dan perkhidmatan,
Najib telah membandingkan dengan kenaikan gaji dan elaun wakil rakyat di
Selangor dengan menyatakan kerajaan PRlah yang lebih dulu melakukan
kenaikan. Sekali pandang, hujah Perdana Menteri itu nampak ada betulnya
tetapi hakikatnya beliau lupa bahawa kerajaan telah menaikkan harga
minyak sebaik saja berakhir pilihanraya pada 5 Mei lalu sedangkan
kenaikan gaji wakil rakyat Selangor hanya baru diluluskan dan belum pun
berkuatkuasa lagi.
Ia kemudian diikuti dengan kenaikan harga gula, tarif letrik, tol dan
pelbagai lagi. Inilah yang telah menambahkan lagi kos sara hidup hidup
rakyat. Lagi pula tiada kaitan antara kenaikan gaji wakil rakyat di
Selangor dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang dilakukan
Najib itu. Beliau hanya cuba memesongkan kesalahannya ke bahu orang
lain.
Dalam masa yang sama, jika Najib ingin membandingkan kenaikan gaji wakil
rakyat, beliau sepatutnya melihat kepada kerajaan negeri Sarawak yang
telah melakukan kenaikan gaji dan elaun lebih awal serta pada peratusan
yang lebih tinggi lagi berbanding di Selangor.
Bercakap mengenai kenaikan kadar tol pula, Najib mempertahankan cadangan
kenaikan itu dengan mengatakan jika tol tidak dinaikkan, maka cukai
terpaksa dinaikkan. Terlihat di sini bahawa untuk menambah pendapatan
dan mengelakkan hutang negara terus bertambah, Najib hanya melihat cara
mudah untuk memperolehi wang iaitu melalui kenaikan harga barang,
menambah kadar cukai dan penghapusan subsidi.
Bahkan melalui apa yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi
Ramli bahawa kerajaan juga didapati telah menjual dan memajak beberapa
aset negara untuk mencapai sasaran defisit negara 2013 pada kadar 4
peratus daripada KDNK sebagaimana yang dijanjikan, berbanding 4.5
peratus pada tahun lalu, jelas membuktikan bahawa Najib semakin
kehilangan upaya dalam mentadbir negara ini.
Sudah tentu penjualan aset negara ini adalah berdasarkan nasihat
daripada Pemandu yang diketuai oleh Idris Jala di mana ketika mengetuai
MAS, beliau juga pernah mengambil pendekatan sama iaitu menjual bangunan
ibu pejabatnya untuk memperolehi pendapatan.
Lalu apa jadi kepada MAS sekarang, sudahlah hilang bangunan, prestasinya
juga terus merosot. Catatan untung hanya direkodkan pada tahun awal
Idris Jala mengetuainya saja dan jelas keuntungan itu kerana menjual
bangunannya.
Daripada menaikkan harga barang, menambah kadar cukai, menghapuskan
subsidi dan menambah derita rakyat, Najib kini menjual aset negara pula.
Beliau sudah menjadi seorang yang kurang upaya atau OKU dalam memimpin
negara ini.
Jika dalam kehidupan seharian OKU bermaksud orang kelainan upaya tetapi
dalam kes Najib, maksud yang sesuai ialah orang kurang upaya. Beliau
kini dilihat tidak mampu lagi membawa negara melangkah lebih jauh menuju
kemajuan dan memberi kebahagiaan kepada rakyatnya. Setiap hari berita
yang diterima rakyat adalah berita sedih belaka.
Najib pada hakikatnya sudah menjadi Perdana Menteri yang OKU sifatnya.
Yang beliau nampak hanyalah menaikkan cukai, memotong subsidi dan
menaikkan harga barang sebagai jalan mudah memperolehi wang dan
pendapatan bagi negara. Kesengsaraan dan kesusahan rakyat semakin jauh
daripada lubuk hatinya.
Jika dalam dunia pekerjaan, mereka yang sudah mengalami kecacatan kekal
atau dikategorikan OKU sudah dibolehkan mengambil pencen Socso, maka
Najib juga sebenarnya layak dimasukkan dalam kategori itu. Beliau pada
hakikatnya sudah menjadi OKU dalam memimpin, berfikir dan merencana
sesuatu yang bermakna untuk negara. Beliau juga tidak mampu lagi
memimpin dengan lebih kreatif atau beraksi dengan lebih baik untuk
tahun-tahun seterusnya.
Lagi lama, lagi derita rakyat dibuatnya. Lagi lama juga, tiada apa lagi yang tinggal akhirnya nanti. (SH 22/12/2013)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-