oleh: shahbudin husin
Kritikan demi kritikan yang diterima Najib sejak kebelakangan ini jelas
memperlihatkan kerajaan yang sedang dipimpinnya semakin lemah dan
ditolak oleh rakyat. Jika sebelum ini kegagalannya menangani kenaikan
harga barang lebih banyak dikritik oleh pihak pembangkang, mutakhir ini
pula memperlihatkan suara dari dalam UMNO sendiri semakin lantang
mengenainya.
Selain Ahli Parlimen Pulai dan Pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamed, ahli
akademik pro BN, Ridhuan Tee Abdullah yang sudah bersuara mengenainya,
semalam pula bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin
Abdullah turut bersuara dengan nada yang serupa.
NGO Perkasa yang sejak penubuhannya dilihat pro kerajaan dan Najib juga
sudah mulai berbeza nada, malah memberi amaran mahu mengambil alih
peranan UMNO dalam membela nasih rakyat lantarah UMNO dilihat semakin
jauh daripada perjuangan membela nasib Melayu dan rakyat sejak
kebelakangan ini.
Ada yang mengatakan di belakang Perkasa ialah Mahathir Mohamad dan jika
dilihat hubungan Perkasa dengan Mahathir sejak sekian lama, malahan
Ibrahim Ali dapat bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihanraya umum
lalu di Pasir Mas sehingga membuatkan calon UMNO, Johan Che Pa tidak
mengemukakan borang pencalonannya, turut dikaitkan dengan campurtangan
bekas Perdana Menteri itu.
Sementara pembangkang dan pelbagai NGO mereka terus menguatkan tekanan
terhadap Najib dan kerajaan supaya lebih memikirkan kenaikan kos sara
hidup rakyat yang sedang terhimpit sekarang, suara-suara dari dalam yang
sebelum ini pro UMNO dan kerajaan juga sudah memperlihatkan rentak dan
nada yang seirama.
Puncanya tentulah tidak lain kerana mereka juga sudah dapat mengesan
kesengsaraan rakyat akibat kenaikan kos sara hidup ini. Selepas ini,
mungkin ada lagi yang turut bertindak sama.
Jika dulu Pak lah mula menerima kesan penolakan rakyat akibat
tindakannya menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen yang kemudian
dihubung-kaitkan dengan pelbagai kelemahannya yang lain, Najib pula
dilihat mula menerima kesan yang sama akibat tindakannya menaikkan
beberapa jenis barang dan perkhidmatan sejak kebelakangan ini.
Najib bukan saja sedang menuruti jejak Pak Lah, bahkan langsung tidak mengambil teladan daripadanya.
Satu demi satu kenaikan yang gagal dikawalnya telah menyebabkan
populariti Najib kini hanya tinggal 52 mata berbandinpg 62 mata
sebelumnya berdasarkan kajian Merdeka Center manakala Umcedel pula dalam
kajian terbarunya turut mendapati kenaikan harga barang akan menjadi
beban yang akan terus menurunkan sokongan rakyat terhadap kerajaan.
Selain mendapati 42 peratus kemarahan rakyat adalah kerana kenaikan
harga minyak, 34 peratus kerana kenaikan harga barang dan 24 peratus
disebabkan kenaikan tarif letrik, kajian Umcedel juga mendapati bantuan
BR1M tidak lagi berkesan dalam meringankan beban kehidupan rakyat.
Yang lebih buruk ialah, di sebalik kemarahan rakyat kian meningkat,
pembangkang makin agresif meningkatkan prestasinya dan lebih banyak pula
dari dalam UMNO dan kerajaan sendiri yang mengkritik kepimpinan Najib,
tindakan mempertahankan Najib pula hampir tidak kedengaran.
Lebih ramai yang memilih untuk berdiam diri daripada mengeluarkan suara
mempertahankan Najib. Najib seolah-olah mula keseorangan dalam
menpertahankan diri dan kerajaan yang sedang dipimpinnya sekarang. Dalam
isu melibatkan isterinya yang diserang baru-baru ini, Rosmah Mansor
akhirnya terpaksa tampil sendiri mempertahankan diri dengan menulis
surat yang panjang mengenainya.
Suara-suara dari sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO juga
hampir-hampir tidak kedengaran membela dan menpertahankan Najib dan
kerajaan sedangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru, masing-masing
mengaku merekalah tulang belakang dan tulang depan kepada parti dan
kerajaan.
Apakah tulang-tulang ini sudah bengkok dan hampir patah sekarang ini? Mana jentera siber Pemuda UMNO dalam hal ini?
Jentera media sosial yang diakui sebagai medium paling utama dalam
menghadapi pilihanraya akan datang pula, dilihat sudah terkulai sebelum
masuk medan perjuangan. Selain terdapat blog dan media sosial pro UMNO
yang berdiam diri daripada mempertahankan Najib dan kerajaan, selebihnya
turut juga lantang mengkritik. Yang mengaku sudah menjadi bebas dan
tidak lagi mahu dikaitkan dengan pro mana-mana parti juga sudah ada.
Semua ini memperlihatkan kedudukan Najib sekarang ini sebenarnya lebih
parah berbanding ketika Pak Lah diserang dan mahu dijatuhkan dulu.
Ketika itu Mahathir terpaksa bekerja keras ke seluruh negara dan
menghadiri pelbagai program di merata tempat untuk menjustikasikan
perlunya Pak Lah diturunkan sebagai Perdana Menteri, namun menteri
kabinet dan pemimpin UMNO ramai yang masih lantang mempertahankannya.
Namun sekarang ini, sementara tekanan kian meningkat, suara yang
mempertahankannya juga hampir tidak ada. Kalau ada pun yang bersuara
hanyalah daripada pemimpin yang semakin terhakis wibawanya seperti Isa
Samad dan Ahmad Maslan, manakala yang lain-lain lebih selesa memilih
berdiam diri dan menjaga hal masing-masing.
Ini menjadikan persoalan yang bermain di fikiran ramai orang ialah
sampai bilakah Najib mampu bertahan menghadapi semua tekanan ini?
Tetapi dengan sokongan yang semakin merosot hari demi hari ini, semakin
ramai yang percaya bahawa Najib tidak akan dibenarkan terus mengetuai
UMNO dan BN dalam PRU 14 nanti kerana kemungkinan BN hilang kuasa lebih
besar jika beliau terus kekal
Yang paling tidak mahu melihat UMNO dan BN kalah pastinya Mahathir. Yang
lain-lain ada yang merasakan hanya kekalahan dan hilang kuasa merupakan
pengajaran bermakna bagi UMNO dan para pemimpinnya. Selebihnya pula
merasakan apa salahNya PR diberi peluang pula.
Dan ramai juga yang percaya kerja Mahathir jauh lebih mudah kali ini.
Berbanding ura-ura dan tohmahan bahawa kerajaan mahu digulingkan melalui
demonstasi, Najib sebenarnya lebih mudah tergolek jika Mahathir mulai
bersuara. (SH 25/12/2013)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-