oleh : Shahbudin Husin
Sehingga lewat tengah malam tadi, keputusan pemilihan bagi jawatan Naib 
Presiden UMNO menyaksikan ketiga-tiga penyandang berjaya mempertahankan 
jawatan mereka, termasuk Hishammuddin yang dianggap lembik dan tidak 
tegas sebagai pemimpin. Keputusannya setakat ini memperlihatkan Zahid 
mendapat 185  undi, Shafie Apdal 174 undi, Hishammuddin 100 undi, 
Mukhriz  91 undi, Isa Samad 7 undi dan Ali Rustam  juga 7 undi.
Undi daripada beberapa bahagian lagi belum diperolehi tetapi dengan undi
 minimum hanyalah 96 undi, bermakna Zahid, Shafie Apdal dan Hishammuddin
 berjaya dalam pemilihan kali ini.
Untuk tempoh tiga tahun akan datang dan mungkin dipanjangkan sehingga 
PRU 14 yang akan diadakan sebelum 2018, status quo Naib Presiden yang 
merupakan pilihan dan orang kepercayaan Najib, juga berjaya dikekalkan.
Dengan kekalnya ketiga-tiga mereka itu, bermakna hasrat untuk melakukan 
perubahan kepada lapis ketiga kepimpinan UMNO  berserta harapan wajah 
UMNO yang lebih segar dapat ditampilkan dengan menyelitkan Mukhriz 
Mahathir yang merupakan antara faktor kejayaan BN dapat menawan semula 
Kedah, terlihat gagal dilakukan.
Kegagalan Mukhriz memenangi jawatan Naib Presiden ini sekaligus 
mengecewakan ramai orang dalam UMNO sendiri kerana beliau dilihat antara
 pemimpin pelapis yang diharapkan untuk masa depan parti. Lebih 
mengecewekan lagi ialah kerana beliau hanya kekurangan beberapa undi 
saja dengan Hishammuddin yang ditakrif lembik dan tidak tegas itu.
Tetapi kejayaan mengekalkan status quo ini tidak lain adalah kerana 
kejayaan Najib yang mahukan keputusan sedemikian menjadi kenyataan. 
Bukan menjadi rahsia lagi bahawa Najib lebih menyenangi ketiga-tiga 
penyandang ini berbanding membenarkan Mukhriz memenangi salah satu 
daripada tiga kerusi Naib Presiden itu.
Najib mahu ketiga-tiga Naib Presiden sedia ada kekal bukan saja demi 
survival politiknya tetapi juga kerana keinginannya mahu memastikan 
sepupunya, Hishammuddin akan mengambil alih tempatnya sebagai Presiden 
UMNO dan Perdana Menteri suatu hari nanti.
Menjelang hari-hari terakhir pemilihan, berikutan kedudukan Hishammuddin
 yang lebih genting berbanding Zahid dan Shafie, tersebar dakwaan bahawa
 wujudnya arahan daripada Najib yang mahukan status quo itu kekal 
benar-benar menjadi kenyaaan.
Lantaran itu telah bertaburan cai atau senarai calon yang menghendaki 
para perwakilan hanya memilih calon bernombor 01,02 dan 03 iaitu Zahid, 
Hishammuddin dan Shafie, sementara di masa yang sama terdapat juga 
perwakilan yang diarahkan hanya mengundi calon pilihan Najib itu saja.
Berikutan itu, meskipun Mukhriz pada awalnya dilihat calon yang popular 
dan selari dengan mood perwakilan, beliau akhirnya harus mengakui bahawa
 menjadi calon yang bukan pilihan Perdana Menteri, bukanlah sesuatu yang
 mudah. Dan benar jugalah seperti jangkaan bapanya, Mahathir bahawa 
peluang bagi Mukhriz adalah tipis berikutan faktor tersebut.
Dengan gagalnya Mukhriz dalam pemilihan kali ini, bermakna beliau sudah 
dua kali gagal setelah kali pertama kalah kepada Khairy Jamaluddin dalam
 perebutan jawatan Ketua Pemuda pada 2009. Kedua-duanya beliau kalah 
adalah kerana berlaga angin dengan calon pilihan Perdana Menteri. Pada 
2009 beliau kalah kerana menentang calon pilihan Pak Lah dan sekarang 
kalah pula kepada calon pilihan Najib.
Kekalahan Mukhriz kerana adanya peranan atau campurtangan Najib dengan 
jelas dapat dilihat kerana beliau tidak mendapat walau satu undi 
daripada Pahang, termasuk di bahagian Pekan yang dipimpin oleh Najib. 
Kesemua 14 bahagian di Pahang memberikan undi kepada calon status quo 
yang memperlihatkan mereka akur, tunduk dan patuh kepada kehendak Najib.
Begitu juga di Johor, daripada 26 bahagian, Mukhriz cuma mendapat dua 
undi iaitu daripada Tebrau dan Johor Bahru. UMNO Bahagian Pagoh yang 
diketuai oleh Muhyiddin juga tidak memberi ruang kepada Mukhriz 
mendapatkan undi walaupun beliau diketahui rapat dengan Mahathir.  
Gambarannya ialah Muhyiddin juga patuh kepada pilihan Najib.
Hampir semua UMNO bahagian yang diketuai oleh menteri atau pemimpin yang
 rapat dengan Najib turut bertindak hanya memberikan undi kepada calon 
status quo dan mengenepikan Mukhriz seperti Putrajaya ( Tengku Adnan), 
Padang Rengas (Nazri Aziz), Besut (Idris Jusoh), Lembah Pantai (Raja 
Nong Chik) dan banyak lagi.
Ini bermakna dalam usaha memastikan pilihan Najib ini mampu memenangi 
jawatan Naib Presiden,  Mukhriz sebaliknya dikekang dan disekat 
kemaraannya dengan pelbagai cara. Wujudnya arahan ataupun wahyu dari 
Najib serta blok undi yang selama ini agak disangsikan, lebih 
menyerlahkan kebenarannya berdasarkan paten undi daripada negeri-negeri 
dan bahagian-bahagian.
Mungkin Najib paling gembira dengan kejayaan ketiga-tiga Naib Presiden 
ini mengekalkan jawatan mereka tetapi dalam masa yang sama ia juga 
memberi gambaran bahawa transformasi UMNO telah gagal. Bukan saja 
pemenang Naib Presiden tidak berubah, malah pemenang jawatan MT juga 
masih dikuasi oleh orang-orang lama dan yang berjawatan menteri saja. 
Kemasukan pemimpin muda dan generasi baru dalam MT tidak pun melebihi 
bilangan jari sebelah tangan.
Jadi, apa transformasi dan wajah barunya UMNO selepas pemilihan ini?
Kejayaan BN menawan Kedah yang antara faktornya ialah janji BN 
meletakkan beliau sebagai Menteri Besar, sebenarnya memberi keyakinan 
bahawa jika beliau berada di kedudukan Naib Presiden, wajah UMNO juga 
akan turut berubah dan menjadi lebih disukai rakyat. Ini kerana, selain 
faktor kedudukannya ssbagai anak bekas PM, kehadirannya dalam UMNO juga 
tidak disertai dengan "baggage" berbanding ketiga-tiga penyandang yang 
sedia terpalit dengan pelbagai isu dan pertikaian rakyat.
Selain itu, berbanding Mukhriz yang berjaya membawa Kedah kembali ke 
pangkuan BN, ketiga-tiga penyandang Naib Presiden juga dikira gagal 
ketika masing-masing menjadi Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Kedah dan 
Terengganu selama lebih dua tahun sejak 2009 lalu sebelum digantikan 
dengan pemimpin lain. Pulau Pinang gagal ditawan, Terengganu hampir 
tumbang dan Kedah ketika dipimpin Shafie juga tidak menunjukkan 
kemajuan.
Di kawasan Parlimen masing-masing pula iaitu di Bagan Datoh, Semporna 
dan Sembrong yang diwakili oleh ketiga-tiga pemenang Naib Presiden ini, 
tidak ada peningkatan undi yang ketara dalam keputusan pilihanraya 2013 
dengan 2008. Ini berbeza dengan Mukhriz yang bukan saja berjaya menawan 
semula Kedah tetapi juga berjaya merampas DUN Ayer Hitam yang 
ditandinginya daripada tangan PAS.
Dengan kegagalan itu, tiada jaminan wajah-wajah lama Naib Presiden itu 
mampu membawa sinar lebih bercahaya kepada UMNO, terutama dalam 
menghadapi PRU 14 akan datang. Mereka ini hanya disukai dan diminati di 
kalangan ahli dan perwakilan UMNO saja tetapi agak jauh di hati rakyat.
Secara keseluruhannya, keputusan pemilihan kali ini tidak menggambarkan 
adanya transformasi yang diharap-harapkan dan perjuangan menghadapi PRU 
14 kekal sukar walaupun kedudukan Najib secara relatifnya menjadi 
semakin kukuh dalam UMNO. ( SH 20/10/2013)
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/10/pilihan-najib-berjaya-tapi-transformasi.html 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
