KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad tewas.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir tewas meskipun ibunya
terpaksa memberikan wawancara yang amat jarang untuk berkempen untuk
anaknya.
Ini menyebabkan Mahathir marah walaupun beliau berkata sudah menjangkakan kekalahan Mukhriz.
Tapi
itu tidak menyebabkan Mahathir menjadi lebih marah. Yang bakal membuat
Mahathir 'meletup' adalah hakikat bahawa anaknya kini ketinggalan
berbanding Khairy Jamaluddin, orang yang paling tidak disukainya dalam
Umno.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengawal kemarahan ini.
Kemarahan Mahathir perlu dikawal daripada 'meletup'.
Pertama mereka kena yakinkan beliau bahawa tiada arahan spesifik kepada perwakilan untuk mengekalkan ketiga-tiga Naib Presiden.
Najib menafikan bahawa beliau ada campurtangan. Beliau juga menegaskan undi adalah sulit dan ia adalah hak setiap perwakilan.
"Tak
ada, ini (melibatkan) 150,000 perwakilan, macamana nak campur tangan?
Undi semua adalah sulit. Semua orang boleh beri pandangan di semua
peringkat tetapi akhirnya undi itu adalah undi sulit dan ia hak setiap
perwakilan," tegasnya.
Muhyiddin turut sama-sama menyatakan
bahawa menafikan keputusan pemilihan di Bahagian Pagoh sebagai isyarat
kepada bahagian-bahagian lain untuk mengekalkan tiga penyandang Naib
Presiden Umno.
Perlu nafi supaya Mahathir tak 'meletup'. Jika
Mahathir 'meletup' dan bertekad untuk membalas malu yang terpalit pada
anaknya, Najib dan Muhyiddin akan mengalami mimpi ngeri sebagaimana Tun
Abdullah Badawi dulu.
Betul telahan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, pemilihan Umno kali ini adalah perang proksi.
Tapi ramai yang tersilap pandang, berkata ini perang Najib-Mahathir. Yang menang ialah orang Pak Lah.
Masa depan Umno kini dilihat jatuh di tangan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.
Mukhriz nak duduk di mana?
Mahathir tak sangka tewas pada Pak Lah yang mendiamkan diri. Ini bakal menyebabkannya bertambah marah.
Apakah masa depan Mukhriz dengan Khairy di depan? Ini kali kedua Khairy mengatasi Mukhriz di dalam Umno.
Pertembungan mereka bermula sejak 2009 yang lalu, Mukhriz yang tewas.
Walaupun Mukhriz kini menjadi Menteri Besar Kedah, Khairy tetap menang.
Untuk mengubati hati Mahathir, diyakini Mukhriz akan dilantik menjadi ahli MT.
Tapi apakah ia cukup untuk mengubati hati Mahathir yang terluka.
Di
PRK Sg Limau, apakah pro-Khairy akan membantu Mukhriz? Kemenangan
Mukhriz di sana bakal menaikkan Mukhriz semula. Kejatuhan Mukhriz di Sg
Limau akan memalapkan kareer politiknya.
Era baru Umno bermula
dengan Mukhriz dan Khairy bertarung untuk dekad-dekad akan datang jika
Umno tak tumbang di medan pilihan raya.
Apa pula Mahathir akan lakukan untuk tahun-tahun akhir hidup beliau untuk ‘mengubah’ Umno?
Walaupun
ditegur, ditulis sinis dan dimarah beliau, Umno tetap tidak mahu
berubah sehingga terkorban anaknya di medan pertandingan.
Najib dan Muhyiddin tidak akan senang duduk tiga tahun ini sebab tiada siapa yang tahu apa yang Mahathir bakal lakukan.
Mereka tahu jika Mahathir tekad ingin lakukan sesuatu, tiada siapa yang boleh menghalangnya./~harakahdaily
Wednesday, 23 October 2013
Comments (3)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Comments by IntenseDebate
Posting anonymously.
Najib, Muhyiddin usaha bendung kemarahan Mahathir
2013-10-23T20:38:00+08:00
Nizar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat7 years ago
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Mansor Junus · 597 weeks ago
1. Dr.Mahathir sudah tak ada taring lagi. hanya boleh mengaum, gigit belum tentu.
2. Najib juga tahu selagi mana dia memegang keris Presiden parti, tidak akan ada mana2 biji mata dalam UMNO berani langgar firman dia.
Cuma pada pandangan saya Najib akan buat perkara2 berikut untuk cuba ambil hati orang tua itu.
1. Bagi kerusi MKT kepada Mukriz.
2. Tambah peruntukan kepada Kedah supaya dapat belanja lebih.
3. Tunjuk muka di Sg Limau kerap sikit untuk ambil hati Mukriz..
Ada pepatah inggeris berbunyi ' what goes around comes around' Dr. Mahathir dulu pun buat kerja macam tu juga kepada orang yang dia tak suka. jadi apa yang berlaku kepada anaknya itu biasalah.
Bintang Mukriz akan gelap kalau perkara2 ini berl;aku:
1 . Dr. Mahathir dah tak ada.
2. DUN Sg. Limau kalah.
3. Mahadzir Khalid atau Bashah tiba2 tukar fikiran tak bagi sokongan lagi kat Mukriz, (dalam politik kerana jawatan, kawan boleh jadi lawan).
Hanya pandangan peribadi sahaja. jangan marah.
kamal · 597 weeks ago
zahari · 597 weeks ago