oleh: Shahbudin husin
Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan sah bakal 
menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara UMNO dengan Pas. UMNO 
kali ini mempertaruhkan bekas pensyarah kanan UPSI, Ahmad Suhaimi Lazim 
manakala Pas pula meletakkan Mohd Azam Samat, Ketua Pemuda Pas Jerai 
yang juga pengikut setia Allahyarham Uztaz Azizan.
Dari segi mata kasar, peluang UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya 
kecil ini nampak sukar kerana ia bukan saja dianggap sebagai kubu kuat 
Pas sejak 1995 lagi tetapi juga kerana kemenangan Ustaz Azizan dalam 
pilihanraya 5 Mei lalu diraih dengan majoriti yang agak besar iaitu 2774
 undi.
Dengan itu, tidaklah mudah sebenarnya untuk UMNO dan BN untuk cuba 
merampas kawasan itu daripada Pas, tambahan pula Pas juga tentunya akan 
berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan itu. Setelah 
kerajaan negerinya terlepas dalam pilihanraya lalu, Pas pastinya tidak 
rela berputih mata untuk kali keduanya lagi.
Sementara bagi UMNO, pilihanraya kecil ini merupakan ujian kepada 
Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir untuk membuktikan kepimpinannya 
benar-benar diterima rakyat, apatah lagi setelah beliau ditolak untuk 
menduduki kerusi Naib Presiden pada pemilihan 19 Oktober lalu, 
pilihanraya ini juga sebenarnya merupakan ujian kepada kepimpinan Mahfuz
 Omar yang baru dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah menggantikan 
Ustaz Azizan.
Jika UMNO menang pilihanraya ini, imej Mukhriz yang tewas tipis kepada 
Hishammuddin dalam perebutan Naib Presiden mungkin dapat dipulihkan dan 
beliau dapat membuktikan dirinya benar-benar pemimpin yang diterima 
rakyat, walaupun ditolak oleh perwakilan UMNO dan tidak diterima sebagai
 pilihan Najib dalam pemilihan lalu.
Kemenangan BN di Sungai Limau, bukan saja mampu memberi harapan bahawa 
beliau mampu untuk terus mengekalkan kuasa BN di negeri itu, malah turut
 juga membawa sinar bahawa masa depannya dalam UMNO tidak semudah "makan
 kacang" untuk digelapkan oleh sesiapa juga dalam pemilihan akan datang.
Bak nyanyian yang dilagukan oleh Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil 
bahawa walaupun kalah kali ini, kemenangan pasti akan datang kepada 
Mukhriz suatu hari nanti, meskipun hakikatnya antara punca kekalahan 
Mukhriz ialah kerana kurangnya sokongan daripada Wanita UMNO berikutan 
Wanita UMNO  lebih "jatuh cinta dan tertarik hati" kepada Hishammuddin 
sehingga sanggup mengadakan pertemuan tertutup antara pergerakan yang 
dipimpinnya dengan Menteri Pertahanan itu di saat-saat akhir sebelum 
pemilihan dan kemudian menyatakan ikrar untuk mengekalkan status quo 
Naib Presiden yang ada.
Bagi Pas pula, kemampuan mengekalkan penguasaan di Sungai Limau bukan 
saja membuktikan kubu kuat mereka tidak mudah ditembusi tetapi turut 
juga memberi sedikit harapan kepada Mahfuz untuk merampas kembali negeri
 itu daripada BN dalam pilihanraya akan datang.
Untuk itu, Sungai Limau sebenarnya sama-sama penting kepada UMNO dan 
Pas, juga kepada Mukhriz dan Mahfuz dan masing-masing akan berusaha 
untuk memenanginya.
Tetapi bagi seorang bekas menteri dari Kedah ketika era pemerintahan 
Mahathir Mohamad, pilihanraya kecil Sungai Limau ini adalah ujian berat 
kepada UMNO dan BN. Ini kerana, menurutnya, sejak 1995 lagi kawasan itu 
adalah sinonim dengan Pas dan Uztaz Azizan.
Katanya, ramai pengundi di kawasan itu adalah terdiri daripada 
saudara-mara dan kaum kerabat Ustaz Azizan yang mana ketika Allahyarham 
menjadi ADUNnya, UMNO tidak pernah berjaya menembusinya berikutan 
hubungan rapat Ustaz Azizan dengan semua saudara-mara dan kaum 
keluarganya itu.
Oleh sebab yang demikian, bagi bekas menteri yang pernah berpengaruh 
itu, selagi undi saudara-mara dan kaum kerabat Ustaz Azizan masih 
memihak kepada Pas, harapan UMNO untuk merampas kawasan itu tetap sukar.
 Lantaran menyedari pengaruh undi keluarganya yang agak besar itulah 
menyebabkan dalam pilihanraya umum lalu, UMNO turut mempertaruhkan 
sepupu Ustaz Azizan sendiri sebagai calonnya.
Namun oleh kerana ketika itu Ustaz Azisan masih hidup dan berkedudukan 
sebagai MB Kedah pula, cubaan itu tidak berjaya dan Pas berjaya 
memenangi kawasan itu dengan kelebihan 2774 undi.
Soalnya, mampukah UMNO kali ini melalui calonnya, Ahmad Suhaimi merebut 
undi daripada kaum keluarga dan saudara-mara Ustaz Azizan itu berbanding
 Mohd Azam Samat yang juga merupakan pengikut setia Ustaz Azizan?
Terlihat daripada kesungguhan semua pemimpin UMNO menunjuk sikap baik 
bermula ketika Ustaz Azizan terlantar di hospital, di hari pengkebumian 
dan mengadakan pelbagai majlis tahlil mendoakan kesejahteraan rohnya, 
UMNO nampaknya sangat menyedari hakikat itu.
Bahkan, sehingga sekarang juga, dalam pelbagai ucapan, kenyataan dan 
tulisan yang dibuat oleh beberapa pemimpin UMNO mengenai kepimpinan 
Ustaz Azizan, semuanya melahirkan pujian dan sanjungan dan hampir tidak 
kedengaran perkara-perkara yang tidak baik mengenai kepimpinannya yang 
diperkatakan.
Walaupun kebaikan mengenai Ustaz Azizan itu adalah sesuatu yang benar, 
malah sikap Ustaz Azizan yang tidak memilih bulu dalam berkawan dan 
keterbukaannya kepada sesiapa saja dalam menjalankan pentadbiran negeri 
sering menjadi bualan di kalangan pemimpin UMNO sendiri, kadangkala 
pujian itu seperti berlebih-lebihan dan ada maksud yang tersembunyi.
Ini nyata berbeza dengan beberapa pemimpin Pas yang meninggal dunia 
sebelum ini, di samping kebaikan yang diperkatakan, beberapa kesilapan 
dan kelemahan kepimpinan mereka juga turut didedahkan.
Hanys masa yang akan menentukan sama ada pujian dan sanjungan kepada 
Ustaz Azizan itu akan berkekalan atau ia akan turut berakhir apabila 
berakhirnya juga pilihanraya kecil Sungai Limau ini.
Walau apa pun keadaan dan cabarannya, pilihanraya kecil DUN Sungai Limau
 ini tetap merupakan laluan yang sukar bagi UMNO dan Mukhriz Mahathir. 
Bagi Mukhriz juga, ini adalah cabaran kedua kepada kepimpinannya selepas
 pilihanraya umum lalu di mana dalam cabaran pertama pada pemilihan UMNO
 19 Oktober lalu, nasib nyata tidak memihak kepadanya.
Apakah kali ini nasib juga tidak menyebelahinya?  Sama-sama kita tunggu 
pengundi Sungai Limau memberikan jawapannya pada 4 November nanti.(SH 
23/10/2013)
-http://shahbudindotcom.blogspot.com/ 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
