Oleh: Shahbudin Husin
Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said yang sebelum ini gah dengan
 keputussn mahu mencabar Shahrizat Jalil bagi  jawatan Ketua Wanita 
UMNO, dilaporkan akan membatalkan hasratnya itu setelah dinasihatkan 
untuk berbuat demikian. Orang yang memberi nasihat itu juga diberitakan 
akan memastikan Azalina diberi jawatan kanan dalam Pergerakan Wanita 
UMNO, selain kedudukan dalam syarikat berkaitan kerajaan atau GLC 
berikutan kesediaannya akur dan dan tunduk kepada nasihat tersebut.
Siapakah lagi dalam negara ini yang begitu berkuasa untuk memberi 
nasihat sambil membuat tawaran sedemikian selain daripada Perdana 
Menteri, malah sesiapa pun yang mendengar berita ini pasti tahu bahawa 
tiada orang selain Najib yang boleh boleh berbuat demikian.
Kenapakah Najib sanggup berbuat demikian?
Azalina ketika dihubungi oleh sebuah portal berita menyatakan, beliau 
tidak akan mencabar Shahrizat dan akan membuat kenyataan rasmi 
mengenainya pada 20 September nanti. Ini secara langsung mengesahkan 
bahawa beliau telah membatalkan hasratnya itu dan bersetuju dengan 
tawaran serta ganjaran yang dijanjikan kepadanya oleh Perdana Menteri.
Maka, tindakan Najib ini bukan saja menghancur-leburkan transformasi 
yang diciptanya sendiri, malah tawaran jawatan dan kedudukan kepada 
Azalina ini boleh juga ditafsirkan sebagai perbuatan rasuah. 
Bukankah antara intipati transformasi politik Najib ialah ingin 
menyuburkan demokrasi serta menggalakkan sesiapa saja bertanding melalui
 pindaan perlembagaan UMNO yang dicadangkannya?
Oleh kerana sayangnya Najib kepada Shahrizat, yang menjadi perbualan 
ramai dalam UMNO bahawa Ketua Wanita itu pernah berbudi baik kepada 
Najib dan Rosmah suatu ketika dahulu, Najib bukan saja sedia memberi 
jawatan penasihat bertaraf menteri kepada Shahrizat untuk memastikan 
kedudukannya lebih kukuh, malah sanggup pula memujuk dan menawarkan 
ganjaran kepada Azalina.
Dalam hal ini, Shahrizat bukan saja mendapat dua kali untung iaitu jadi 
penasihat dan kekal sebagai Ketua Wanita, bahkan Azalina juga mendapat 
untung sama hasil daripada rasa kasih sayang Najib dan keluarganya 
kepada Shahrizat yang mungkin berpanjangan sepanjang hayat itu.
Sebelum ini, apabila Azalina mengumumkan mahu mencabar Shahrizat, ramai 
yang memuji keberaniannya itu walaupun penerimaan Wanita UMNO 
terhadapnya agak berbelah-bagi. Tetapi oleh kerana beliau merupakan 
pemimpin UMNO yang paling awal menawarkan diri untuk bertanding, 
keberaniannya mencabar Shahrizat yang terbelenggu dengan isu lembu NFC 
tetap juga mendapat pujian dan sanjungan.
Di samping menawarkan iltizam untuk membawa perubahan kepada Wanita UMNO
 melalui pengalaman kepimpinan sebagai bekas Ketua Puteri UMNO dan 
menteri, Azalina juga turut  membuka fanpage Azalina Untuk Wanita UMNO 
di facebook untuk menunjukkan keseriusannya mencabar Shahrizat.
Walaupun satu demi satu Wanita Negeri dan pemimpin UMNO lainnya 
menyatakan sokongan dan menghujahkan ketidaksesuaian Azalina memimpin 
Wanita, beliau dilihat tidak tergugat sama-sekali dengannya. Di ketika 
kes-kes lama Azalina diungkit dan disebarkan juga, beliau juga tidak 
terganggu dengannya.
Beliau terus menyatakan kesungguhan untuk terus melawan, meskipun tidak 
ramai yang yakin kemenangan berpihak kepadanya. Azalina terus berkempen 
dan menemui pelbagai kelompok Wanita UMNO di seluruh negara dengan 
harapan "silent majority" akan berpihak kepadanya berikutan isu-isu 
berkaitan Shahrizat masih panas dan berkesan lagi kepada kebanyakan 
orang.
Azalina akhirnya mula mendapat simpati dan diterima sebagai pencabar,  
tambahan pula seorang lagi calon yang diharapkan untuk menentang 
Shahrizat iaitu Halimah Siddique telah membatalkan hasratnya untuk 
bertanding kerana mengalami patah kaki dan terpaksa berehat selama tiga 
bulan.
Namun apabila akhirnya Azalina tunduk kepada pujukan dan nasihat Najib 
agar membatalkan hasrat melawan Shahrizat, ramai yang kecewa dan 
merasakan percubaan Azalina selama ini hanyalah acah-acah saja. Barulah 
kini difahami bahawa Azalina sebenarnya sudah membuat "kerja rumah" di 
sebalik gah pengumumannya mahu mencabar Shahrizat itu dan hasratnya yang
 sebenar ialah memancing kedudukan dan ganjaran daripada Najib.
Najib pula yang mahu mempertahankan Shahrizat kerana budi lama, dalam 
masa yang sama turut juga mahu menunjukkan UMNO yang dipimpinnya dilihat
 harmoni dengan kurangnya jawatan-jawatan utama dipertandingkan sehingga
 akhirnya terlupa kepada transformasi yang dijulangnya kini sudah mula 
dihempasnya ke lantai.
Dengan tangan Najib sendiri terlibat untuk mengelakkan pertandingan, 
terbukti sudah bahawa transformasinya selama ini hanyalah palsu belaka.
Kini, sementara Shahrizat bakal kekal lagi sebagai Ketua Wanita dan dan 
mendapat pula jawatan sebagai penasihat bertaraf menteri dan Azalina 
juga mendapat kedudukan dalam Wanita dan ganjaran  dalam GLC yang 
mungkin akan diumumkan dalam waktu yang terdekat ini, persoalannya ialah
 apa Wanita UMNO dapat?
Yang menyokong Shahrizat tidak dapat apa-apa, yang mahukan Azalina juga 
tidak memiliki apa-apa. Mereka hanya kekal sebagai alat. Malah Wanita 
UMNO terus berketuakan seorang pemimpin yang sudah tercemar imej dan 
kredibilitinya.
Jika sebelum ini apabila beberapa bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd 
Nor dijadikan senator dan Zahrain Hashim pula dijadikan duta besar ke 
Indonesia, ramai yang beranggapan bahawa jika inginkan habuan dan 
ganjaran daripada Najib, mestilah memaki-hamun UMNO dan menjadi ahli 
parti pembangkang dahulu sebelum kemudiannya kembali kepada UMNO dan 
memuji-muji UMNO serta Najib pula, rupa-rupanya mengacah-acah mahu 
bertanding sesuatu jawatan seperti yang dilakukan oleh Azalina turut 
merupakan taktik yang berbaloi juga.
Kepada mana-mana pemimpin yang merasakan nilai perjuangan mereka boleh 
dijual atau digadaikan dengan tukaran habuan, kedudukan atau ganjaran, 
bolehlah mencuba mana-mana taktik yang telah terbukti berkesan ini, 
terutama ketika Najib mahu menunjukkan kepada dunia beliau seorang 
pemimpin paling hebat dengan kejayaan mewujudkan suasana aman, damai dan
 harmoni ketika menerajui UMNO. (SH 10/09/2013)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/ 
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
