Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menjelaskan
bahawa beliau tidak bermaksud untuk menyeru agar timbalan presiden parti
itu dipilih daripada kalangan ulama.
Bekas menteri besar Kelantan itu hari ini berkata, laporan media berhubung dakwaan tersebut adalah tidak benar.
“Akhbar
tulis itu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya
sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil
ulama.
“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun
profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama (golongan ulama dan
profesional), sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Nik Aziz seperti
dilaporkan Harakahdaily hari ini.
Beliau turut
menyalahkan pihak tertentu yang menurutnya cuba menimbulkan pergeseran
antara golongan ulama dan profesional dalam PAS.
Sedangkan,
golongan ulama menurutnya boleh "bercakap dengan dalil al-Quran dan
Hadis biarpun bertali leher atau memakai songkok".
Laporan media
pada Sabtu lalu menyebut beliau meminta agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dikekalkan sebagai presiden, dan berharap agar jawatan timbalan
tersebut diisi oleh golongan ulama.
Kenyataan tersebut kemudiannya dibaca oleh pemerhati PAS sebagai arahan dan mungkin juga isyarat kepada para perwakilan untuk memilih pemimpin dari golongan ulama.
Penjelasan
itu juga muncul ketika media giat menimbulkan spekulasi berhubung
kedudukan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang dikatakan dalam
kedudukan genting susulan laporan tersebut./~malaysiakini
Bunuh rakan senegara, polis buru lelaki Indonesia
10 minutes ago