Harga rumah naik 10 peratus : Kenaikan
harga minyak tidak boleh dibuat main. Sifat rantaiannya cukup pantas
bertindak balas. Dengan hanya pengumuman minyak 20 sen sahaja. Tindak
balasnya cukup hebat. Samada rakyat Malaysia terutamanya golongan
berpendapatan rendah dan serdahana, satu demi satu kenaikan harga barang
dan terbaru harga rumah diumumkan naik 10%….
Faktor Harga Rumah Naik 10%?
- Peningkatan harga minyak 20 sen
- Kos bahan binaan meningkat
- Kekurangan jumlah tenaga kerja asing
- Kontraktor & pemaju tidak mahu mengurangkan margin keutnungan mereka antara 70% – 100% yang mana akhirnya diletakkan beban kepada anda, anda semua di sini yang merupakan bakal pelanggan mereka
Sumber : The Star
Hakikatnya, pengumuman harga minyak naik
sehingga 20 sen telah menyebabkan rangkaian bekalan melibatkan lebih
100 jenis perniagaan terjejas. Pemaju akan menaikkan sekurang-kurangnya
harga rumah sebanyak 10%.
- Harga minyak naik 20 sen
- Harga rumah naik sekitar RM15,000 dan ke atas
Bermakna di sini nilai kenaikannya
berkemungkinan boleh lebih daripada angka tersebut. Tiada yang mustahil.
Apabila sudah naik harga barang dan harga rumah, adakah rakyat Malaysia
berpeluang melihat nilainya jatuh? Sangat mustahil…..
- Bermakna, jikalau harga rumah sekitar RM150,000 sebuah melibatkan teres setingkat contoh di beberapa bandar terpilih pada asalnya, bakal menjadikan harga rumah kepada RM165,000. Nampak impaknya?
- Bagaimana pula harga rumah di bandar-bandar besar? Jikalau harga rumah RM300,000, ia bakal menjadi RM330,000. RM30,000 adalah berdasarkan nilai kenaikan harga rumah 10% yang diumumkan. Itu belum termausk lagi harga rumah melibatkan nilai RM400,000, RM500,000, RM700,000. Berapa pula kenaikannya?
- Ini semua adalah impak NILAI sebenarnya dek kerana pengumuman harga minyak 20 sen baru-baru ini
Bagi Berita Semasa, ini merupakan antara
berita paling sedih dan ememritkan kepada kalangan rakyat Malaysia yang
terus berkira-kira untuk memiliki rumah idaman sendiri.