KUALA LUMPUR: Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa
Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris meneruskan serangannya terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan membangkitkan isu
murtad dan isu kalimah Allah pula.
Beliau mengaitkan kedua-dua isu itu dengan "betapa pentingnya kuasa yang menjadi penentu survival Islam Melayu di Malaysia ini".
"Kita
dapat melihat betapa lemahnya pimpinan Hj Najib yang mana
keputusan-keputusan Hj Najib banyak mmerugikan umat Islam Melayu di
Negara ini.
"Ini adalah bibik-bibik sama seperti Kamal Antartuk yang menyebabkan kerajaan Uthmaniah (kerajaan Islam) tumbang.
"Apakah
ini umat Islam mahukan?" tulis beliau dalam posting bertajuk "Akibat
daripada pimpinan yang lemah" dalam blognya
http://irwanfahmi.blogspot.com
Ahad lalu, Irwan menuntut Najib meletak jawatan kerana disifatkannya gagal mengurus negara dengan baik.
Tuntutan itu dibuatnya dalam posting blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan".
Dalam
posting tersebut, Irwan membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia"
Najib dan juga Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah
"rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan".
"1Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti gagal.
"Ini
kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26
peratus dan undi kaum India. Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan
kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat
kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai
menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat,"
tulis beliau.
Irwan juga dilaporkan berkata, Perdana Menteri
sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa
baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah
dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan
kerajaan.
"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius.
"Kes
jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan
raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan
banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan juga Akta Ordinan Darurat (EO)
sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Perkara terbaik dia buat adalah
letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik,"
Malaysian Insider memetik beliau berkata.
Irwan berkata,
masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan
masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini
sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup
kecil.
"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi
dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang
India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya.
"Kita
sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," kata
Irwan lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah
terakhir yang dilakukan mereka.
"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya
tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita
boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam pilihan raya
umum (PRU) lepas," katanya.
Pendirian Irwan tidak memeranjatkan
kerana umum melihat pendirian tidak banyak berbeza dengan pendirian
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Beliau menyatakan kekesalannya terhadap kerajaan yang disifatkannya tidak menghargai peranan mereka sebaik PRU berakhir.
"Jangan
salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami
sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya,"
kata Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu
yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup
mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan
menggugut kerajaan.
"Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa.
"Kerjasama
baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain
yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan
lebih istimewa," kata Ibrahim lagi./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-