.

Thursday 29 August 2013

Tanda Putera mula tayangan dengan 12 penonton Melayu

Tayangan pertama Tanda Putera di pawagam di Mid Valley hari ini menerima sambutan dingin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Ogos, 2013.


Filem kontroversi Tanda Putera mula ditayangkan hari ini dengan dewan tayangan di Mid Valley Megamall pada jam 11 pagi hanya menarik  12 penonton.

Tinjauan The Malaysian Insider mendapati kebanyakan penonton juga adalah komuniti Melayu yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Mereka bagaimanapun melihat filem kisah hidup Tun Abdul Razak, perdana menteri kedua itu tidak membawa sebarang mesej perkauman, sebaliknya segala dakwaan rasis dan perkauman dalam jalan cerita filem itu adalah untuk menunjukkan latar belakang dan jalan cerita.

"Saya melihat tiada isu perkauman, saya tidak nampak jalan cerita menyentuh  isu perkauman, ia hanya menunjukkan jalan cerita, lagipun ia adalah fakta  sejarah sebenarnya," kata Mohd Razif Ahmad Fuad, 30, seorang penjawat awam ketika ditemui The Malaysian Insider.

Filem berkenaan sebelum ini menerima kritikan keras pelbagai pihak termasuk DAP yang mendakwa fakta berkenaan insiden 13 Mei dalam filem itu diseleweng, termasuk babak "kencing di tiang bendera."
Babak berkenaan bagaimanapun masih dipaparkan dalam filem itu.

Hanim Azira, 29, bagaimanapun menegaskan filem berkenaan adalah hasil yang baik menunjukkan bagaimana tokoh negara akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan negara.

"Ia filem yang bagus. Menunjukkan tokoh sanggup lakukan apa sahaja demi negara," katanya yang bekerja sebagai broker.

Rakan Hanim, Zaidi Sidek, 33, juga melihat filem itu tidak menimbulkan isu perkauman sebaliknya lebih menjurus kepada semangat patriotik.

Kedua-dua mereka turut mengakui mengambil cuti semata-mata untuk menonton Tanda Putera.

Isu dan kontroversi yang menyelubungi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu juga berjaya menarik penonton apabila seorang remaja mengakui menonton filem berkenaan selepas kontroversi itu dipaparkan media.

"Saya tonton kerana dengar kontroversi dan selepas menontonnya saya berpendapat tiada isu rasis, tetapi ia bergantung kepada penerimaan penonton," katanya yang enggan dikenali. – 29 Ogos, 2013./~TMI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist