.

Monday, 12 August 2013

JAWAPAN! CERITA SEBENAR DI SEBALIK CINA BUDDHA SEMBAHYANG DALAM SURAU TANJUNG SUTERA !!

Isu video yang menunjukkan satu kumpulan menjalankan upacara sembahyang Budhha terjawap juga akhirnya!

Sila baca :
KAMI menemui satu lagi video berkaitan agama yang mengajak kita berfikir lebih lanjut. Ia berkaitan satu kumpulan dipercayai agama Budhha menjalankan upacara sembahyang atau ritual keagamaan mereka dalam sebuah surau.
 Lokasinya ialah di Surau Tanjung Sutera Resort, Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor.

Video berkenaan telah dimuatnaik oleh sebtv atau pemilik saluran YouTube sebastianphiu semalam. Surau berkenaan dipercayai surau yang berada di dalam kawasan resort.

Video itu turut dimuatnaik di dalam blog sebastianphiu.blogspot.com ditulis oleh Sebastian Phiu Abdullah.

Di dalam video selama 1:25 saat kelihatan kumpulan penganut Buddha ini yang seramai 13 orang sedang menjalankan ritual mereka di dalam ruang solat surau.

Ia jelas sebuah ruang solat kerana terdapat beberapa tulisan ayat suci Al-Quran di dinding surau berkenaan.

Bagaimanapun, upacara ritual keagaaman Buddha dilihat bersifat sementara kerana lihat cara tempat sembahyang mereka diletakkan dan tambahan pula ia sebuah surau yang terletak di dalam resort.

Pada saya, mereka ini mungkin menjalani sejenis program Budhha di resort berkenaan dan tiada lokasi untuk menjalankan upcara sembahyang sehingga pihak resort memberi mereka kemudahan surau untuk menjalankan ucapara itu.

Mynewshub kemudian menghubungi Pengurus Tanjung Sutera Resort Syed Ahmad Alkaff bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan terjadi semalam dan anggota rombongan terlibat datang dari Singapura. Menurut beliau pihaknya kerap menerima banyak rombongan dan lawatan dari pertubuhan keagamaan di resort mereka.

“Pada mulanya, mereka meminta izin untuk sebuah tempat bagi mereka mengadakan satu upacara meditasi, memandangkan dewan kami ketika itu penuh kerana sedang digunakan, kami membenarkan mereka menggunakan surau hanya untuk proses meditasi berkenaan.

“Bagaimanapun, kumpulan itu membawa peralatan mereka secara senyap seperti tempat sembahyang di dalam video itu dan kemudian mengadakan upacara sembahyang sebegitu rupa,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi hari ini.

Menurut Syed Ahmad, pihaknya hanya mengetahui kejadian itu selepas mendapat aduan daripada orang ramai yang ternampak kejadian itu sehingga menimbulkan sedikit ketegangan.

Pihak resort, kemudiannya mengarahkan mereka menghentikan upacara dan semua peralatan sembahyang mereka dikeluarkan, katanya.

Menurut beliau, pihak polis turut berada di surau berkenaan ketika kejadian dan keterangan semua pihak sudah diambil dan direkodkan – Mynewshub.my

Untuk melihat video kontroversi itu : KLIK SINI

Comments (12)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
negeri umnu apa pun boleh asal duit....
Sepatutnya jgn mudah sgt bagi org guna surau tanpa usul periksa..
meditasi pun mana boleh
"Banyak sangat andaian yang kurang bijak telah di tulis. Setiap pembaca tulis pendapat masing masing, ada yang constructive ada yang akan membawa padah. Orang pertama yang muat turun video ni pun sungguh tak bertanggung jawab- tak berfikir panjang - jika tercetusnya pergaduhan perkauman, dia lah puncanya. Jangan senang senang muat turun video yang controversial... fikir lah dulu , akibat yang akan mendatang pada rakyat... tak semua rakyat berfikiran panjang dan matang... ramai yg suka suka aje nak ikut ikut buat hal.... yg sebenarnya, mereka tak tau ape yg mereka pertikaikan." - mamajury (http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/isu-surau-jadi-tokong-cerita-dari-kedua.html#ixzz2bibgR7af)
1 reply · active 607 weeks ago
Lagit dan Bumi 's avatar

Lagit dan Bumi · 607 weeks ago

klu dah mcm ne tak blh sabar bro..dayus...jgn open minded tak kena tempat...
org johor kata x pe janji brim naik 1200
Mungkin mereka tiada niat untuk menghina, sensitiviti umat Islam sepatutnya diambil kira pihak pengurusan resort..
bila orang Islam itu lemah macam2 boleh berlaku.........
Salam Dunia's avatar

Salam Dunia · 607 weeks ago

Islam memerintah..alhamdulilah semua akan selamat..Islam diperintah...macam2....
Saya merupakan seorang bangsa Cina yang turut menganut agama Buddha. Selama kehidupan saya di bumi Malaysia ini, saya sentiasa berasa bersyukur kerana saya merasakan bahawa keupayaan untuk hidup di Malaysia merupakan salah satu 'merit' yang cukup tinggi, atau dalam konteks Melayu, rezeki yang sangat bagus.

Namun apabila sejak kebelakangan ini, isu sensitiviti agama dan bangsa hangat dipertikaikan, maka saya berasa inilah masa emas yang sesuai untuk membuka mata dan hati dalam pemahaman masing-masing terhadap budaya dan agama bangsa yang lain. Cukuplah bagi Sejarah Hitam 13 Mei 1969 dikuburkan dan bukannya dihidupkan semula pada tanggal yang baru kemudian.....

Sekian lama ini banyak telah saya pelajari mengenai hukum Syirik yang dikatakan memainkan peranan penting dalam insiden kali ini. Barangkali dalam konteks Islam tindakan tersebut dikelaskan bawah Syirik jali disebabkan adanya unsur penyembahan berhala terhadap patung Buddha serta lafazan mantra Buddha.

Namun apa yang saya nak perjelaskan ialah, penyembahan patung Buddha sebenarnya bukan penyembahan berhala yang ditafsir oleh masyarakat luar selama ini. Buddha yang bernama Gautama tersebut merupakan manusia yang telah mencapai status ‘enlightenment’ dalam kehidupan beliau, atau dalam erti kata yang lain, kesempurnaan mutlak dari segi pemikiran, tindakan dan percakapan seseorang manusia. Maka sekiranya perlu diperjelas lagi, Buddha bukan merupakan kata nama khas, tetapi kata nama umum. Ini kerana setiap penganut agama Buddha yang mencapai status enlightenment adalah berhak untuk digelar sebagai seorang Buddha secara otomatik dalam ajaran agama Buddha.

Dalam proses Gautama mencapai enlightenment, beliau telah menemui akar umbi segala duka yang dialami di alam duniawi ini dan justeru itu, beliau secara besar hati dan berbelas kasihan mencuba sedaya upaya untuk mendidik anak-anak murid beliau tatacara kehidupan mansia ke arah enlightenement dan kemudiannya mengelakkan diri dari segala duka di alam duniawi ini.

Namun setelah Buddha Gautama meninggal dunia pada usia 88 tahun dan mencapai tahap nirvana, para anak murid beliau memerlukan cara untuk memperingati beliau dan ajaran-ajaran beliau. Maka diterbitkanlah sutra-sutra dan mantra-mantra yang sebenarnya merupakan 'nota kuliah' mendiang buddha Gautama yang dicatat oleh anak murid pertama beliau. Namun pendirian patung-patung Buddha bukan merupakan unsur utama dalam ajaran agama Buddha, tetapi digunakan sebagai medium atau alat bagi penganut-penganut agama Buddha generasi kemudian untuk memperingati jasa dan sumbangan BUddha Gautama dalam pengajaran yang sebegitu penting dalam kehidupan seseorang penganut agama Buddha. Penyembahan terhadap patung Buddha sebenarnya bukan berunsur pujaan tetapi sebagai tanda hormat terhadap maha guru penganut agama Buddha. Setelah Gautama Buddha meninggal dunia, cara inilah yang digunakan oleh generasi-generasi penganut yang seterusnya dalam kehidupan seorang penganut agama Buddha. Bagi penganut-penganut agama Buddha yang masih baru dan kurang mengenali ajaran-ajaran asas yang disampaikan oleh Buddha Gautama serta tidak berpeluang untuk membelajar secara terus dengan Gautama Buddha, maka pendirian patung Buddha sebenarnya berfungsi sebagai medium pendidikan untuk mengenali mendiang maha guru kita. Apa yang kalian nampak sebagai kepelbagaian dalam corak rupa patung Buddha sebenarnya merupakan hasil tafsiran dan asimilasi budaya negara masing-masing dan bukannya membawa apa-apa maksud yang lain.

Bagi penganut agama Buddha yang tulen, adalah penting bagi kami untuk mematuhi lima rukun asas yang ditetapkan selama ini, iaitu :
1. Tidak membunuh
2. Tidak melakukan seks secara
haram (sama seperti tidak melakukan sumbang dan zina dalam konteks Islam)
3. Tidak bercakap sesuatu yang tidak benar dan tidak berasas
4. Tidak mencuri
5. Tidak menjerumuskan diri ke dalam kancing dadah atau arak, atau sebarang bahan yang mengganggu kewarasan seseorang manusia

TUrut perlu diperjelas bahawa, dalam ajaran sebenar yang diutarakan oleh agama Buddha, seseorang penganut agama Budha boleh membuat penyembahan tanpa memerlukan patung Buddha, setelah memahami dengan sepenuhnya terhadap intipati ajaran agama serta unsur sejarah agama Buddha yang sebenarnya.
Setelah panjang lebar saya mengulas dan berkongsi mengenai sedikit intipati sebenar agama Buddha ini, saya ingin memperjelas bahawa saya bukannya ingin menyangkal sebarang tuduhan daripada umat Islam terhadap insiden tersebut. Malah saya turut terkilan akan insiden yang berlaku. Namun demikian, saya cuma berharap agar tiada sebarang tomohan yang keterlaluan ditimbul
disebabkan insiden tersebut.

Sememangnya saya sebagai seorang non-Muslim tidak berhak untuk mempertikaikan sebarang tindakbalas yang diutarakan oleh masyarakat Muslim disebabkan ianya tertakluk kepada prinsip-prinsip di dalam Surah Al-Quran.

Namun perkongsian saya ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman di antara agama dan seterusnya mewujudkan keharmonian di bumi Malaysia ini.

Hidup kami di Malaysia hanya untuk mengharapkan kestabilan dan keharmonian hidup seharian. Itu sahaja yang kami pinta selama ini....

Harap maaf sekiranya saya terkasar bahasa.
Kalau kita tidak imarahkan rumah Allah maka orang lain tolong imarahkan. Saya yakin kalau aktiviti disuarau hidup paling kurang solat jemaah 5 waktu kemungkinan perkara begini mustahil berlaku..... kita terlalu pentingkan pembinaan infrastruktur dan tidak pembinaan insan.... maka beginilah Allah tunjukkan hasil yang kita dapat
Lagit dan Bumi 's avatar

Lagit dan Bumi · 605 weeks ago

“Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku” (QS. Al Kafirun: 6)

Ibnu Jarir Ath Thobari menjelaskan mengenai ayat ‘lakum diinukum wa liya diin’, di mana beliau berkata, “Bagi kalian agama kalian, jangan kalian tinggalkan selamanya karena itulah akhir hidup yang kalian pilih dan kalian sulit melepaskannya, begitu pula kalian akan mati dalam di atas agama tersebut. Sedangkan untukku yang kuanut. Aku pun tidak meninggalkan agamaku selamanya. Karena sejak dahulu sudah diketahui bahwa aku tidak akan berpindah ke agama selain itu.” (Tafsir Ath Thobari, 24: 704)
Ibnu Hayyan dalam Tafsir Al Bahr Al Muhith menerangkan, “Bagi kalian kesyirikan yang kalian anut, bagiku berpegang dengan ketauhidanku. Inilah yang dinamakan tidak loyal (berlepas diri dari orang kafir).”

Inilah prinsip yang diajarkan oleh Islam pada kita seorang muslim. Jika Anda sebagai seorang muslim, harus memiliki prinsip ini. Karena dengan berpegang pada prinsip ini, agamanya akan terjaga. Berbeda halnya jika ia terlalu loyal atau menunjukkan kasih dan sayang pada non-muslim, ini akan membuat agamanya lambat laun akan pudar.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist