Bangi: “Ada jemaah terdengar suara arwah
seakan-akan sebak dan dia menarik nafas panjang ketika hendak sujud
sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.”
Gambar kematian Allahyarham dengan pengakhiran yang disifatkan sangat mulia itu mula tersebar melalui laman sosial facebook, petang hari yang sama dan menarik perhatian ramai.
Mohamad Sukor berkata, Allahyarham Ruslan amat disenangi kariah surau dan penduduk setempat kerana sikapnya yang mudah mesra selain gaya penampilan yang sentiasa kemas.
JEMAAH surau membaringkan jenazah Ruslan sementara menunggu kakitangan Hospital Serdang tiba.
“Secara zahirnya arwah pergi menghadap Allah SWT dalam keadaan yang cukup sempurna iaitu berpuasa pada bulan Ramadan dan paling bermakna dalam keadaan bersujud ketika solat di surau./~hmetro