Dengan memilih PAS, kedudukan bilangan kerusi di Dun Terengganu akan menjadi seimbang 16:16 antara PR dan BN.
Sekalipun
tampuk pentadbiran negeri tidak akan bertukar dengan munculnya angka
16:16 sebagaimana yang dicanangkan kepimpinan Umno, kedudukan genting
bagi Umno/BN ini dengan sendirinya akan menjadi faktor pendesak
semulajadi untuk BN menunaikan janji-janjinya yang ditabur sepanjang
kempen.
Kita memaklumi ‘ketulusan’ Umno berkhidmat kepada rakyat
adalah demi kelangsungan kuasa dan undi, projek-projek yang telah
diletakkan batu asas sepanjang kempan PRK walaupun dikatakan
perancangannya telah lama, cuma ‘kebetulan’ berlakunya kematian wakil
rakyat, hakikatnya adalah ‘perletakan batu asas pancing undi’.
Perlaksanaannya?
Belum tentu! Kalahnya BN dalam PRK Kuala Besut ini akan memberi
kekuatan jaminan untuk rakyat Kuala Besut melihat tegak ‘sengoti’
Sekolah Kebangsaan Alor Peroi dan Rumah Pangsa Mampu Milik Tok Saboh
sebagaimana dijanjikan, jika hal sebaliknya, menangnya BN akan
menjadikan mereka selesa, lena tidur dan persetankan dengan segala
janji-janji yang telah ditabur. Semaklah rekod-rekod perlaksanaan janji
BN dalam beberapa siri PRK sebelum ini.
Mudah kata, undi PAS di Kuala Besut, rakyat tak akan rugi apa-apa.
Tentunya ada yang tak bersetuju dengan pandangan di atas, sebaliknya
berpendapat dengan 16:16, Kuala Besut akan mencatat sejarah baru! PR
akan memerintah Terengganu.
Nah! Ini pastinya lebih baik sebab
ianya akan memberikan peluang kepada PR Terengganu melaksanakan
janji-janji manifesto yang telah dibentangkan kepada rakyat.
Siapa
yang tidak mahu masalah tanah diselesaikan, pinjaman Yayasan Terengganu
dimansuhkan, bonus tahunan untuk warga emas yang tidak berpencen, cuti
bergaji penuh 30 hari untuk kakitangan awam yang kematian suami, 17,000
peluang pekerjaan, pengecualian cukai pintu rumah kediaman, dasar
merakyatkan ekonomi, bekalan air percuma bagi 20 meter padu dan beberapa
lagi janji manifesto PAS Terengganu yang terhalang perlaksanaannya
disebabkan angka 15:17.
Seluruh pencinta keadilan dan
kesaksamaan akan menyanjung tinggi dan berterima kasih kepada para
pengundi Kuala Besut apabila anda menjadi perintis kepada perubahan ini.
Undilah PAS kerana terbukti BN gagal mengubah taraf hidup rakyat Kuala Besut.
Dengan
bajet tahunan Terengganu yang mencecah angka RM2 bilion, satu jumlah
bajet yang tertinggi antara negeri-negeri di semenanjung, tetapi
rata-rata rakyat Terengganu secara amnya dan Kuala Besut fokusnya masih
dihimpit kemiskinan dan kemiskinan tegar khusunya rakyat di sekitar
daerah mengundi Seberang Barat Luar dan Tok Saboh di Kuala Besut.
Masalah kemiskinan ini tidak akan selesai hanya dengan hanya perletakkan batu asas projek dan pengagihan anak ayam.
Tambah
mendukacitakan apabila MB memberi respon sinis terhadap isu kemiskinan
ini dengan menuduh bahawa rumah-rumah buruk milik rakyat miskin adalah
rumah orang PAS!
Tidak timbul sebenarnya isu orang PAS atau Umno
bila kita membincangkan berkenaan sosio-ekonomi rakyat apatah lagi
seorang MB yang sepatutnya menjadi MB bagi rakyat dan negeri Terengganu,
bukan MB untuk orang-orang Umno sahaja.
Isunya bagaimana
kekayaan negeri boleh dimanfaatkan secara optimum supaya status negeri
Terengganu sebagai negeri dengan bilangan rakyat miskin tegar yang kedua
tertinggi di Malaysia mampu diubah.
Dengan makna lain bagaimana sumber kekayaan ini boleh dinikmati oleh keseluruhan rakyat secara adil dan telus.
Calon PAS, Che Long mempunyai rekod kebersamaannya dengan penduduk setempat pada sebahagian besar tempoh hidupnya.
Walaupun
dicanangkan oleh tukang-tukang kempen BN calon PAS tak berpendidikan
tinggi, beberapa kelebihan dan ‘aset’ semula jadi beliau perlu
dipertimbangkan dengan adil oleh pengundi.
Berlatarbelakangkan
seorang kontraktor kelas A serta usahawan setor kayu yang berjaya,
seorang yang beragama dan terus tekun mendalami ilmu agama, Che Long
dikenali sebagai insan dermawan yang suka membantu masyarakat.
Kekayaan anugerah Ilahi kepadanya menerusi kejayaan usahaniaga tidak dihabiskan untuk diri dan keluarganya semata-mata.
Hampir tidak ada program parti di sekitar Besut yang tidak menerima sumbangan Che Long.
Jumlah
masjid dan surau yang menerima sumbangan beliau juga sangat banyak.
Belum lagi termasuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain.
Beliau
lahir di Kuala Besut, membesar di Kuala Besut, bersekolah di Kuala
Besut atau istilah orang tempatan, sentiasa ‘bertumah’ di kampung
sepanjang masa.
Suka duka, susah senang, jatuh bangun masyarakat Kuala Besut adalah sebahagian dari kehidupan Che Long…/~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-