BESUT: BN Kuala Besut didakwa berdepan sabotaj dalaman
apabila terdapat penyebaran maklumat yang mengarahkan penyokong BN
mengundi calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut 24 Julai
nanti.
Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, arahan itu
datangnya dari pemimpin Umno sendiri yang menyebarkannya melalui khidmat
pesanan ringkas SMS.
Menurut
Mohamad, kandungan SMS itu antara lain memberitahu ianya bagi mengubah
pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran kononnya telah
melantik individu yang tidak layak menerajui Tabung Haji.
"Ni ada satu sms saya terima dari pemimpin Umno tempatan yang minta pengundi di sini memilih calon PAS.
"Tujuannya
adalah untuk mengubah pemikiran Najib yang dilihat telah gagal
meletakkan Tabung Haji pada tempat sepatutnya apabila melantik individu
yang tidak layak menerajui Tabung Haji," ucap beliau di hadapan
kiri-kira 300 orang yang hadir pada ceramah di Kampung Seberang Barat
malam tadi.
Sehubungan itu beliau berkata, jika pemimpin Umno pun
mahu orang Umno undi calon PAS, apatah lagi rakyat biasa lebih-lebih
lagi wajar untuk berbuat demikian.
Beliau juga menegaskan, rakyat
Terengganu rata-ratanya bersedia untuk membuat perubahan apabila
terdapat peningkatan kerusi pada PRU13 sebanyak 15 kerusi berbanding
pada PRU12 yang hanya 8 kerusi sahaja.
Malah katanya penerimaan
paling ketara adalah melibatkan pengundi di bandar dan juga kawasan
pinggir bandar apabila Pakatan Rakyat menguasai sepenuhnya kerusi yang
dipertandingkan pada PRU13.
"Rakyat bandar dan pinggir bandar dan
lama berubah, jadi dengan PRK kali ini harap pengundi di kawasan Kuala
Besut buat perubahan, kita kena sama-sama dengan penduduk bandar untuk
berubah.
"Saya pasti Terengganu akan menjadi milik Pakatan Rakyat
sebelum PRU14 apabila kerusi Dun Kuala Besut milik kita dan dua
petisyen turut memihak kepada kita," ucapnya sambil disorak oleh
penyokong yang hadir./~harakahdaily
RM140,000 lesap ditipu bomoh halau hantu
50 minutes ago