KOTA BHARU: Peguam pempetisyen Dun Air Lanas, Hisham Fauzi
(gambar) menjelaskan segala butiran lengkap mengenai dakwaan berlaku rasuah membabitkan agen calon BN sudah disediakan.
Katanya,
butiran itu mengandungi tarikh, tempat, masa dan jawatan agen berkenaan
dalam politik, yang mana ia sudah dianggap relevan ketika mengemukakan
petisyen tersebut.
Kata beliau perlakuan agen berkenaan secara
jelas termasuk dalam senarai kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan
Pilihan Raya 1954.
“Fakta untuk pembelaan itu sudah ada dalam
petisyen yang dikemukakan,” katanya pada perbicaraan petisyen Dun Air
Lanas di hadapan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk John Louis O’hara.
Pada
prosiding hari ini empat lagi petisyen dibicara pada bantahan awal
membabitkan parlimen Ketereh, Dun Kok Lanas, Dun Manek Urai dan Dun
Mengkebang.
Pada pilihan raya umum lalu Dun Air Lanas dimenangi
Datuk Seri Mustapa Mohamed BN – majoriti 47 undi, Dun Kok Lanas (Datuk
Mohd Alwi Che Ahmad BN - 169 undi dan parlimen Ketereh dimenangi Tan Sri
Annuar Musa (BN) - 974 undi.
Manakala Dun Mengkebang dimenangi
Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS) dengan majoriti 1,072 undi) dan Manek
Urai – Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 1,633 undi).
Pada petisyen Dun Air Lanas Hisham turut dibantu peguam Hanipa Maidin dan tujuh lagi peguam lain.
Manakala
responden pertama diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun dan disertai Abu
Bakar As Sidek, Ilias Mohd Noor, Nor Azli Ahmed dan Raihanah Ashriqin
Ariffin.
Pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan
Raya diwakili peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad dan dibantu
Najib Zakaria, Khairul Fazli dan Asraf Ahmad.
Hafarizam pada
hujahan awal bagi menolak petisyen tersebut berkata, agen yang
dimaksudkan pempetisyen tiada kaitan dengan calon BN.
Pempetisyen
juga menarik balik Pegawai Pengurus Pilihan Raya parlimen Jeli dan SPR
sebagai responden kedua dan ketiga pada petisyen berkenaan kerana ia
dianggap tidak berkaitan.
Bagaimanapun hakim menetapkan pada 23 Julai ini bagi keputusan bantahan awal Dun Air Lanas dan Kok Lanas.
Pempetisyen Dun Kok Lanas pula diketuai Hanipa dan dibantu Aminuddin Zulkifli serta pasukan peguam PAS.
Pempetisyen parlimen Ketereh pula diwakili peguam R Sivarasa dan Muhammad Afiq Muhammad Noor./~harakahdaily