.

Monday, 1 July 2013

Idris: Pas tetap tak boleh perintah Terengganu

BESUT - Pas tidak akan boleh memerintah Terengganu walaupun parti itu menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK) yang bakal diadakan.

Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kelebihan satu kerusi speaker menghalang Pas memerintah negeri ini walau pun ditakdir parti itu menang.

Menurutnya, sekarang BN mempunyai kedudukan 18 kerusi termasuk satu kerusi speaker, manakala pembangkang 15 kerusi dan kalau mereka menang PRK kali ini, kedudukan masih 16-17.

“Sekiranya pembangkang menangpun ia tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mereka tetapi akan menyulitkan pembangkang. Justeru, rakyat perlu terus mengundi BN kerana rakyat akan mendapat manfaat yang besar,” katanya selepas Taklimat Khas PRK Dun Kuala Besut di Damai Beach Resort dekat Kampung Raja, semalam.

Hadir sama, kepimpinan parti peringkat negeri dan bahagian Besut.

Idris berkata, Umno sedang menyusun pelbagai strategi dan gerak kerja semua peringkat termasuk bantuan pusat untuk menghadapi PRK kali ini.

Beliau berkata, beberapa cadangan calon BN tempatan telah disenaraikan dan senarai akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan calon.

“Kita akan mencari calon tempatan yang disenangi dan disukai oleh rakyat kerana calon yang disukai rakyat akan memberi lebih kemenangan,” katanya./~sinar harian

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
yang penting pas menang bukan kalah dengan alasan bodo ni kalau menang pas 16 perintah tak perintah soal lain yang penting kerusi bertambah. boleh tahan mamat ni punya kelentong
bila pulak datuk deris ni jadi bongok macam ni? bila pulak terengganu ada 33 dun?
lain macam jer bunyi komen demer(pemimpin UMNo/Bn ler)....mcm tahu jer nak kalah......ye ler...menang dulu pun (PRU13) cara menipu.....jadi sekarang nie susah hati ler...sbb SPR sekarang pun kene hentam dgn rakyat....sbb jadi agen menipu utk UMNO/BN....hihihihihi
Pas vs BN ? Kungfu. mesti tengok nih.. Lihat sini

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist