Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.
Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.
Harian
berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor Ghani
sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan
kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi
pelajar.
"Saya tidak mahu sebarang elemen politik atau perkauman
dalam pendidikan, ini akan menjejaskan pelajar," beliau dipetik
sebagai berkata.
Bercakap dalam sebuah forum pendidikan semalam,
Mohd Nor juga berkata, golongan pendidik sebagai penjawat awam tidak
patut melakukan kesalahan dan mencipta masalah untuk diri sendiri.
Malaysiakini
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
2 hours ago