.

Tuesday 11 June 2013

PAS Terengganu harap ‘menang’ dua petisyen

KUALA TERENGGANU: PAS Negeri Terengganu menaruh harapan ‘menang’ dua petisyen pilihan rayanya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Setiausahanya, Yahaya Ali berkata PAS Terengganu telah mengemukakan dua petisyen pilihan raya iaitu Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Besut dan Kuala Berang.
“Pihak guaman kita (PAS) telah pun memfailkan petisyen pilihan raya kepada pihak berkenaan (mahkamah) pada kelmarin (Ahad).

Sebenarnya, kata beliau banyak perkara yang dikaitkan dengan salah laku, kesalahan Akta Pilihan raya dan sogokan kewangan oleh calon BN.

“Kita harap kita akan menang kes ini. Walau pun, kita hantar dua petisyen sahaja tetapi ianya mewakili yang lain. Sebab, sekurang-kurangnya kita boleh mendedahkan salah laku yang berlaku masa pilihan raya baru-baru ini,” tegasnya pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, 10 Jun lalu.

Menurutnya, keputusan parti memfailkan petisyen di kedua-dua kawasan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Harian PAS Terengganu berdasarkan kekuatan bukti dan saksi untuk dibawa ke mahkamah.

Hadir sama Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Zakaria Dagang, Pengerusi dan Timbalan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran dan Jefri Chua.

Mengulas lanjut berkaitan peluang bagi kedua-dua petisyen terbabit kata Yahaya, pihaknya yakin mampu membawa kemenangan tersebut.

“Ini (petisyen) hasil dari kajian kita (PAS) sendiri. Kita ada satu ‘team’ Lajnah Guaman PAS Terengganu yang diberi tanggungjawab turun ke setiap kawasan pilihan raya, dan bertemu dengan jentera parti di peringkat bawah untuk mendapat seberapa banyak bukti yang menjadi asas kepada petisyen ini,” ujarnya./~harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist