KUALA LUMPUR: Prof. Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff
tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan
SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan raya
Umum ke-13 yang lalu.
“Pada saya SPR gagal,” tulis beliau di Facebook.
Menurut penganalisis politik itu jika SPR berjaya, maka untuk apa PM
mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen
daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan
integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Berikut ialah tulis penuh beliau.
Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang
menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus
pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.
Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu
jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti
politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun
2013.
Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM
tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya
menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan
perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.
Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal
dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang
bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai
masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR?
Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR
adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR
yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan
bebas. Itu yang kita belum ada!
Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa
bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut
perlu diberikan perhatian:
(i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil
parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap
parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya
ditentukan oleh kerajaan;
(ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk
mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta
Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan
Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya,
2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.
Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut:
(i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan,
(ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505
diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang
pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang
selesa./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-