Oleh: Shahbudin Husin
Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden
UMNO dan Perdana Menteri. Bermula dengan berita pertemuan beberapa Ahli
Parlimen Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah berikutan
rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan Najib Razak dari segi
pengagihan kerusi kabinet, ia kemudian bertambah marak dengan tindakan
adik Najib, Nazir yang menyokong kecaman CEO Air Asia X, Azran Osman
Rani terhadap Utusan yang didakwanya mengamalkkan sikap perkauman dalam
pemberitaannya.
Sebelum itu pula panas seketika dengan isu sama jawatan Presiden dan
Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan atau tidak. Sementara
golongan pengampu dan pembodek terus menyarankan agar Najib dikekalkan,
beberapa pemimpin lain pula menunjukkan keterbukaannya. Antaranya
Hishammuddin dan Adnan Yaakob yang tidak bersetuju sekatan pertandingan
dilakukan.
Arus di bawah atau di peringkat akar umbi pula jelas mahukan adanya
pertandingan kerana 146,500 yang diumumkan sebagai kelompok yang boleh
memilih kepimpinan UMNO kali ini sudah tidak sabar lagi berbuat
demikian.
Muhyiddin yang disebut-sebut bakal mencabar Najib selaku Presiden UMNO
pula, masih lagi bermain dengan teka-teki. Di sebalik Daim dan Zainuddin
Maidin, dua bekas menteri yang dilihat mula menyerang Najib berikutan
keputusan buruk PRU 13 dan Mahathir yang tiba-tiba menulis dalam blognya
mengenai perbezaan UMNO dulu dan sekarang serta mendedahkan pelbagai
keburukan UMNO yang dilihatnya sedang berleluasa, Muhyiddin pula
menyatakan akan menyatakan pendirian politiknya sama ada bertanding atau
tidak, di waktu yang sesuai nanti.
Walaupun Muhyiddin dilihat cuba mengambil jalan tengah ketika ini,
tetapi ia dalam masa yang sama terus meresahkan Najib. Ia memberi
gambaran bahawa Muhyiddin mungkin bertanding mencabarnya dalam pemilihan
nanti. Jika Muhyiddin sekadar mahu mempertahankan jawatannya saja,
sudah tentu beliau berterus sekarang ini. Sikap Muhyiddin itu
membayangkan keinginann yang lebih untuk bertanding berbanding
mengekalkan jawatannya.
Di dalam UMNO sekarang ini, dua pencabar yang disebut-sebut bakal
bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan hujung tahun ini ialah
Muhyiddin dan Tengku Razaleigh. Keinginan ahli UMNO dan Ahli- Ahli
Parlimen juga terarah kepada keduanya.
Tengku Razaleigh diinginkan kerana pengalaman, kewibawaan dan
peribadinya yang bersih. Kesediaan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan
Sarawak meluahkan perasaan terhadapnya adalah gambaran keyakinan yang
tinggi terhadapnya. Di dalam UMNO pula sokongan dan minat ramai
terhadapnya masih boleh dirasakan getarnya. Muhyiddin pula kerana beliau
sekarang merupakan orang nombor 2 dalam parti dan kerajaan dan biasanya
kedudukan itu memang terdedah kepada penonjolan untuk menjadi orang
nombor 1 pula.
Dalam isu yang melibatkan Nazir, adik Najib ini, nama Ku Li tidak dapat
dipisahkan daripadanya. Nazir bermula dengan Bank Of Commerce yang
kemudian menelan Bank Bumiputra, lalu menjadi CIMB Bank. Kariernya
bergerak seiring dengan peningkatan kerjaya politik Najib.
Tetapi Bank Of Commerce asalnya adalah Ban Chiang Bank yang dipunyai
oleh seorang tauke daripada Sarawak. Bank itu kemudian dibeli oleh
Tengku Razaleigh dan atas permintaan Tun Razak, ia kemudian menjadi
milik UMNO dengan diletakkan dibawah Fleet Group. Selepas UMNO haram, ia
bertukar nama menjadi Bank Of Commerce.
Bank Bumiputra pula adalah bank yang ditubuhkan oleh Tun Razak
berdasarkan kehendak Kongres Ekonomi Bumiputera yang yang pertama dan
Tengku Razaleigh adalah pengasas serta penerajunya yang pertama.
Dengan memahami bagaimana Nazir boleh berada di kedudukannya sekarang
yang asasnya adalah sebagai bank untuk menjaga kepentingan orang-orang
Melayu dan dilaporkan memperolehi pendapatan bulanan RM1.2 juta,
tentulah sukar bagi sesiapa juga menerima sikapnya yang seperti kacang
lupakan kulit itu.
Muhyiddin pula, walaupun masih dilihat berteka-teki sama ada mahu
bertanding atau tidak, tetapi terus menunjukkan sikap perbezaannya
dengan Najib. Sementara Najib dilihat terus dengan sikap lembut dan mahu
menagih sokongan pengundi Cina, Muhyiddin pula baru-baru ini menegaskan
bahawa kerajaan akan memberi perhatian yang lebih kepada kelompok yang
telah menyokong BN dalam pilihanraya lalu.
Tidak diragui lagi, sasaran keutamaan Muhyiddin ialah orang-orang Melayu
dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Ini jelas berbeza dengan sikap dan
pendirian Najib yang memuja pelakon Michelle Yeoh dengan memberinya
gelaran Tan Sri serta melantiknya sebagai mentor program 1M4U walaupun
seruannya dalam kempen untuk BN ternyata gagal.
Dan tindakan adiknya, Nazir yang kini CEO CIMB Bank menyokong Azran
dalam isu serangannya terhadap Utusan dan dakwaan perkauman, jelas
menggambarkan keterbukaan dan semangat Kemelayuan yang sedang cuba
dibawa oleh kedua-dua anak Tun Razak itu.
Sikapnya yang ditunjukkan Nazir ini, lebih-lebih lagi menjelang
pemilihan UMNO tentunya memberi ruang kepada pertikaian yang lebih
meluas terhadap kepimpinan Najib. Isu Nazir akan terus dijadikan modal
untuk menyerangnya.
Hari ini, Zainuddin Maidin sekali lagi muncul menyerang Nazir dan
mengaitkannya dengan Najib. Blogger dan pengendali laman sosial pro UMNO
juga turut menyerang Nazir berikutan sikapnya itu. Selepas ini pastinya
lebih ramai lagi yang berbuat demikian atas tujuan mempertahankan
semangat Melayu mereka serta menempelak Nazir yang lupa diri itu.
Dalam masa yang sama, kedudukan Najib akan terus digoncang oleh isu
Nazir ini dan pertandingan untuk jawatan Presiden UMNO mungkin tidak
boleh dielakkan lagi. Menukar Najib sudah menjadi suatu kemestian kerana
UMNO memerlukan pemimpin yang mempunyai semangat Melayu tulin sebagai
penerajunya. (SH 12/06/2013)
- http://shahbudindotcom.blogspot.com/2013/06/tindakan-nazir-menggoyang-lagi.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Siapa.saja.yang.jadi.presiden.umno.sama.saja.umno.tetap.korup.
ReplyDeletehg pn same je...x dpt ...kalw dpt lg teruk ape..mcm2 nuar n the gang kata kat DS Najib..dia cool je..muka lg brseri2.. yg sanun tu itam brtmbah itam dn dh xde seri lg...mkn dlm kot..
Delete