KUALA LUMPUR, 22 Mei — Pakatan Rakyat (PR) akan menentang cadangan
untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta
mengingatkan Barisan Nasional (BN) kerajaan minoriti tidak layak
mengenakan cukai terhadap majoriti rakyat, kata DAP.
Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pengumuman oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini
kerajaan pusat akan menjana pendapatan RM27 bilion setahun dengan kadar
GST 7 peratus, membongkarkan satu penipuan besar BN kepada rakyat.
“PR akan lawan cadangan cukai GST 7 peratus ini di Parlimen dengan
mengingatkan BN bahawa sebagai sebuah kerajaan minoriti dengan undi
popular 47 peratus sahaja, ia tidak berhak mengenakan cukai GST ini ke
atas majoriti rakyat,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
“Cukai GST 7 peratus ini akan menaikkan kadar inflasi tetapi impak
paling buruk adalah kepada golongan berpendapatan rendah kerana cukai
GST merangkumi semua barangan yang dibeli dan dijual,” tambah beliau
lagi.
Ahli Parlimen Bagan itu turut mengatakan, Pakatan Rakyat (PR) menolak
cukai penggunaan atau “consumption tax” kerana majoriti rakyat belum
lagi mempunyai pendapatan munasabah untuk mampu menjalani kehidupan yang
bermaruah dan mapan.
“Macam mana boleh hidup lebih bermaruah bila hanya 60 peratus dari isirumah mempunyai pendapatan kurang dari RM3,000
sebulan?
“Menurut Laporan Tahunan Bank Negara 2012, Malaysia merupakan negara
yang banyak berhutang dengan hutang peribadi setiap keluarga adalah RM
755 billion atau 81 peratus GDP (Gross Domestic Product),” katanya.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu (gambar),
BN boleh memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM1,200
setahun kerana dapat mengutip semula RM,5000 dari setiap keluarga setiap
tahun melalui GST yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
“Dengan kos tambahan ke atas rakyat Malaysia sebanyak RM27 bilion
setahun, maka setiap rakyat Malaysia tanpa kira dewasa atau kanak-kanak
akan dibebankan sebanyak RM1,000 seorang setiap setahun,” katanya
.
Menurut Lim lagi, ini menyebabkan sebuah keluarga lima orang terpaksa
membayar RM5,000 setahun dan menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mampu memberikan bantuan BR1M RM1,200 seperti yang beliau
janjikan semasa kempen Pilihan Raya 2013 lalu.
Menurut Lim, pertumbuhan hutang keluarga adalah 11 peratus, lebih
tinggi daripada pertumbuhan GDP sebanyak 7.8 peratus. Selain itu rakyat
berhutang tidak boleh dipersalahkan apabila kerajaan Malaysia berhutang
sehingga RM502 bilion pada akhir 2012, hampir 55 peratus daripada GDP.
Disamping itu menurutnya keluarga Malaysia menggunakan 50 peratus daripada pendapatan untuk membayar balik hutang.
Isnin lalu, ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR Wong Chen mengatakan
pengenalan GST hanya akan menekan kumpulan majoriti rakyat Malaysia yang
berpendapatan rendah berbanding kumpulan minoriti orang kaya.
Beliau yang juga merupakan Biro Perdagangan dan Pelaburan PKR
menegaskan, BN seharusnya menghapuskan projek mega yang tidak bermanfaat
dan menangani rasuah dengan serius bagi menangani “krisis kewangan”
sebelum memperkenalkan GST./~TMI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-