Kami ingatkan ada teguran untuk Utusan
Malaysia, tetapi tidak. Seperti biasa Utusan Malaysia terus kebal
daripada undang-undang negara. Belum mampu disentuh oleh sesiapa pun.
Tetapi yang cukup bersalah dan tidak
beretika adalah portal Malayskini sehingga diberikan satu amaran keras
oleh Menteri Kementerian Dalam negeri (KDN) yang baru, Datuk Seri Zahid
Hamidi namanya.
“I will monitor every word, every sentence, every paragraph and every news item in Malaysiakini. You don’t play fire with me. You always spin.
Boleh atau tidak buat benda yang sama
kepada RTM, TV3, Utusan dan sebagainya? Terima kasih wahai menteri jika
suara & tuntutan rakyat Malaysia ini didengar.
Berita Semasa tidak pasti apa
sebenarnya yang telah membangkitkan kemarahan Zahid Hamidi. Ini kerana
berdasarkan semakan kami terhadap laporan berita yang dikeluarkan
sendiri daripada Utusan malaysia dengan laporan berita Malaysiakini :
Laporan Berita Malaysia VS Utusan Malaysia?
Sumber berita Malaysiakini versi Inggeris :
Sumber Berita Malaysiakini versi BM :New Home Minister Ahmad Zahid Hamidi says the opposition can “migrate elsewhere” if it is not satisfied with the country’s electoral system.
Kedua laporan berita Malaysiakini ini dipetik terus daripada laporan akhbar Utusan Malaysia sendiri yang isinya daripada anda sendiri. Jadi apa yang putar belitnya di sini?Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
- Bagi kami daripada memberikan amaran keras, menggugut seperti ini, mengapa tidak menggunakan saluran yang betul jika benarlah Malaysiakini telah “spin berita” & membuat fitnah
- Mengapa tidak menggunakan saluran undang-undang dengan cara saman Malaysiakini?
- Be professional! Get your lawyer do the work. Statement ugut mengugut sudah tidak relevan pada masa sekarang.
- Kalaulah mainstream media seperti Utusan, TV3 cukup beretika di mata Zahid Hamidi, mengapa mereka beberapa kali telah tumbang dalam kes saman fitnah terhadap mereka?
- Besarlah harapan kami sekali lagi, diharapkan Zahid Hamidi jadilah Menteri Malaysia, Menteri Rakyat Malaysia
- Bukannya Menteri untuk parti politik. Insyaallah.
Dan, alang-alang kami menyentuh realiti
media arus perdana di Malaysia, kami masukkan sekali pandangan Menteri
Penerangan yang baru, Datuk Seri Shabery Cheek yang mengatakan akses
hebahan berita di media ketika ini adalah cukup adil kepada semua
termasuklah kepada pembangkang kerana pembangkang lebih dilihat
menguasai hebahan berita di Internet. Adil katanya….
Kepada Shabery Chik, sebelum bercerita keadilan dan kesamarataan tentang realiti hebahan berita di Malaysia pada ketika ini :
- Tahu atau tidak pengertian media massa?
- Setahu kami, media massa dengan Internet bukan terletak di dalam kategori yang sama dnegan
- Maafkan kami jika kami tersilap, betulkan kami.
“Opposition already has equal media access” says Shabery
Tepuk dahi kami membacanya.
- Di Internet itu berapa juta orang tengok?
- TV, Radio, akhbar berapa kadar pembaca secara keseluruhannya?
- Makcik, pakcik di kampung dan di pedalaman Malaysia apa sumber beritanya? Kalau tidak ……………………… & ……………………
Besarlah harapan kami, supaya tindakan
orang lama seperti Rais Yatim sepanjang beliau menggalas jawatan sebagai
Menteri Penerangan tidak diulangi lagi. Buangkan ego, buka buku baru.
Tokoh veteran sepertinya kami tidak terkejut andaikata idea dan
pandangan yang dikemukakan tidak relevan dengan pemikiran masyarakat
hari ini.
Insyaallah jikalau anda (Shabery Cheek) memimpin Kementerian ini dengan matlamat untuk menjadikan negara lebih baik tanpa campuraduk kepentingan parti, kami pasti seluruh rakyat Malaysia akan menyokong aspirasi anda selepas ini. Buktikannya…..
Nasib baik, ada ruang di Internet.
Lagipun Internet tidak boleh dikenakan tindakan sekatan sebab ada
Cyberjaya MSC itu. Kalau tidak, alamatnya tiadalah syarikat luar yang
berminat membuka pejabat di Cyberjaya, lebih baik pergi ke Silicon
Valley.
Negara ini bukan hak sesiapa pun, tubuh badan kita pun hanya pinjaman Allah yang akan dipersoal di Hari Akhirat, tetapi Allah telah lantik kita sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkannya, bukan membinasakannya dengan ucapan-ucapan sombong.
Kalangan menteri yang ada sekarang,
perlu berani melakukan perubahan dalam diri sendiri dahulu sepetrimana
yang cuba ditonjolkan YB Khairy Jamaluddin seja akhir-akhir ini
termasuklah bagaimana beliau mengeluarkan pandangan dan halatujunya
mengenai kementerian yang dikendalikan beliau ketika ini. Mungkin Khairy
Jamaluddin boleh mengajar kalangan menteri yang ada sekarang bagaimana
cara menguruskan kepelbagaian pandangan rakyat Malaysia ketika ini. Apa
kata Anda Pula?