KUALA LUMPUR 21 MEI: Seorang pemimpin Angkatan Muda KEADILAN (AMK) 
mendedahkan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya membuka beg mengandungi 
kertas undi yang disimpan di pejabat jajahan di Ketereh, Kelantan dalam 
kejadian pada 7 Mei tanpa kebenaran dari Mahkamah Tinggi.
Ketua AMK Ketereh, Mohd Sukirman Mustafa memberitahu, beberapa orang 
anggota parti dan orang awam membuat laporan polis berhubung kejadian 
itu pada 16 Mei.
Menurut Sukirman, pegawai SPR hadir bersama anggota polis dan 
mendakwa memperolehi arahan dari pegawai atasan untuk berbuat demikian, 
walau peraturan pilihan raya menetapkan bahawa beg kertas undi hanya 
boleh dibukan dengan perintah Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, pegawai yang membuka materi keselamatan di beg 
berkenaan tidak mengeluarkan apa-apa daripada beg yang disimpan di 
pejabat Majlis Daerah Ketereh.
“Mereka hanya membuka beg dan menyelongkar sedikit, tapi tidak mengeluarkan apa-apa,” kata Sukirman.
Katanya, Cabang KEADILAN di situ dimaklumkan oleh seorang individu 
yang memberitahu bahawa beg tersebut dibuka oleh pegawai SPR pada 
kira-kira jam 11 pagi pada 7 Mei.
Sukirman berkata anggota KEADILAN merakam gambar pegawai SPR tersebut
 yang membuka beg berkenaan dan kini menunggu penjelasan mengenai 
perkara itu daripada SPR.
Parti berkenaan kini menimbang untuk mengemukakan kes tersebut ke mahkamah. – Malaysiakini
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52327
Hukum suami biarkan isteri berzina
27 minutes ago
 

 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
