.

Tuesday, 21 May 2013

Anwar: "Kamu ingat negara ini bapa kamu punya?" .. Jawab Zahid: ', ......................;'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berang apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tulisan kontroversinya di Utusan Malaysia minggu lalu.

 Dengan nada marah, Zahid berkata negara ini juga bukan milik Anwar.
"Negeri ini pun bukan negeri bapa dia punya. Memang bukan (milik) bapa saya. Ini (pun) bukan negeri bapa dia.

"Yang itu, awak kena tulis, Malaysiakini. Kamu selalu spin. Tolong tulis berdasarkan etika kewartawanan," katanya sambil menuding jarinya kepada wartawan portal tersebut.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan memohon maaf atas tulisan tersebut, seperti mana yang dituntut oleh setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, Zahid berkata beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya," katanya dengan nada serius.

Zahid dalam tulisannya dalam Utusan Malaysia pada 16 Mei menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Enggan ulas isu tahan Adam Adli 

Anwar pula ketika berucap di Seremban, 18 Mei lalu berkata Zahid gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya itu.

adam adli raid 190513Sementara itu, Zahid dalam sidang media hari ini turut ditanya mengenai sebab penahanan yang dibuat ke atas aktivis mahasiswa Adam Adli.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu kenyataannya dijadikan isu politik.

"Kalau saya cakap, nanti mereka (pembangkang) kata itu tindakan (bermotifkan) politik. Biar profesional," katanya.

Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula, dalam sidang media sama, berkata beliau akan mengulas perkara itu kemudian.

-malaysiakini

Comments (4)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
10 filem terhebat Malaysia lihat sini
megat komeng's avatar

megat komeng · 624 weeks ago

Bagus juga wak zahid halau orang. India balik India, Cina balik cina, Wak zahid balik jawa, mahathir balik Kerala, India, pak najib balik bugis. Semua pak syed balik Arab. Ini kira bahaya wak, itu Sultan Johor (bugis) , sultan selangor (bugis), sultan Perak dan sultan Pahang (keturunan sultan melaka , salasilah Parameswara dari sang nila utama dari palembang), Sultan Kelantan sekarang salasilah Patani (selatan Thai). Yam tuan besar nogori asal Minangkabau.

Jadi yang tinggal hanyalah Melayu macam saya dengan orang asli. Wah ini kira ok juga. Kalau gitu Wak halau habis-habisan
1 reply · active 623 weeks ago
megat komeng,maaf jika saya menyangkal kenyataan awak...maksud zahid hamidi,sesiapa sahaja yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya negara ini sila lah beredar dari negara ini..dan menetap lah di tempat atau negara lain yang boleh memenuhi keinginan mereka..sistem pilihanraya ni adil,jadi bagi sesiapa yang kalah jangan guna cara kotor untuk menjatuh kn pihak lain..saya cakap begini bukan kerana saya menyebelahi pihak kerajaan tetapi sedih melihat bangsa sendiri yang ingin menghancurkan negara.bukn bangsa lain..bangsa melayu yang tidak bertanggungjawab ni telah membangkitkan bangsa lain untuk menggulingkan kerajaan,dan tidak bersyukur dengan keamanan yang telah dikecapi negara ini..knpe perlu gulingkan kerajaan sedangkan kerajaan yang menjaga negara ni dengan baik,tiada kekecohan,.negara aman..apa lagi yang kita mahu?baca lah sejarah jika kita masih dalam kekaburan..
megat komeng's avatar

megat komeng · 624 weeks ago

Nak bagus lagi, wak bikin Genom Project. Baru clear.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist