Friday, 3 May 2013

PAS optimis menang 54 kerusi parlimen

PETALING JAYA: PAS optimis akan memenangi 54 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) iaitu tambahan tujuh kerusi daripada 23 kerusi yang disandang sekarang.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku berdasarkan peningkatan sokongan pengundi Cina di beberapa buah kerusi.

"Satakat malam tadi PAS terima laporan kita boleh melonjak kepda 54 kerusi.

"Jadi PAS akan ada 47 kerusi Parlimen untuk menyumbang kepada pembentukan Pakatan dan PAS mensasarkan tujuh kerusi tambahan untuk menjadikan ia 54 kerusi," kata beliau pada sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat beberapa kerusi yang menunjukkan peningkatan sokongan Cina.

"Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki PAS termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun.

"Saya tak bolehlah sebut semua kerusi takut BN pergi buat kajian pula. Pengundi Cina bertambah di tahap maksimum di Sungai Besar, Selangor," katanya.

-harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)