.

Thursday, 2 May 2013

Milo Suam disiasat bawah Akta Rahsia Rasmi

KUALA LUMPUR: Bloger Milo Suam yang ditahan malam tadi akan direman oleh pihak polis selama dua hari bermula hari ini.

Peguamnya New Sin Yew ketika dihubungi Harakahdaily berkata, Milo Suam atau nama sebenrnya Yusuf Al Siddique Suratman ditahan untuk disiasat berhubung penyiaran dua artikel di blognya yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Artikel tersebut merupakan satu dokumen rasmi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berkaitan Ops Daulat dan dakwaan anggota PDRM mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya, yang disiarkan di dalam blog berkenaan baru-baru ini.

"Hari ini pihak polis telah membawa beliau ke hadapan majestret dan telah dibenarkan untuk menahan beliau selama dua hari bagi tujuan siasatan.

"Kita akan tunggu sehingga esok sama-ada polis akan membuat permohonan untuk lanjutkan tempoh tahanan atau tidak," katanya.

Polis katanya menyiasat anak guamnya itu dibawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sementara itu beliau memberitahu, anak guamnya itu masih berada dalam keadaan sihat dan pihak polis masih belum mengambil sebarang kenyataan dari beliau.

Milo Suam, 29, ditahan di pekarangan sebuah pasar raya di Setia Alam, Klang, pada pukul 8 malam tadi.

-harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist