Iman solat hajat itu memimpin dan berdoa meminta campur tangan Ilahi bagi menangani jentera BN dan agensi kerajaan serta serangan media untuk mempengaruhi orang ramai.
Jumlah hadirin bertambah besar dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disambut laungan takbir sejurus selepas memijak rumput tempat mereka bersolat.
 Veteran
 PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS 
Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi 
yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' 
Ghazali.
Veteran
 PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS 
Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi 
yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' 
Ghazali.Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa exco kerajaan Kelantan.
Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Kelantan, dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menggempur kubu PAS, Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya memaklumkan kepada anak Kelantan di perantauan supaya pulang mempertahankan kerajaan Islam.
"Pulanglah dan mengundi untuk memenangkan kerajaan PAS sekarang, dan pada masa yang sama, hati-hati memandu," katanya./~malaysiakini
 

 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
