Malah, ribuan gagal memasuki stadium berikutan tempat duduk mahupun padang sesak dengan rakyat berbaju hitam – simbolik kematian demokrasi di Malaysia.

Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat, malah pengamal media juga gagal tiba di stadium berkenaan berikutan kesesakan luar biasa itu.
Ia dipercayai perhimpunan terbesar kebelakangan ini dan jumlah hadirin hampir menyamai Himpunan Kebangkitan Rakyat sekalipun ia dianjur secara spontan.
Berdasarkan paparan twitter, sebahagian rakyat sanggup berjalan kaki Sejauh antara 20 hingga 17 kilometer bagi mengelak kesesakan trafik.

Terdapat sebahagian sudah berada di stadium berkenaan sejak jam 6 petang lagi atau lebih awal kerana sudah menjangka kesesakan berkenaan.
Sepanjang perhimpunan itu, ramai rakyat tak kira bangsa dan agama mengibar bendera kebangsaan, selain bendera KEADILAN, PAS dan DAP.

Dalam memperjuang keadilan, rakyat turut tidak mengendah hujan renyai dan sebahagian mereka sudah bersedia dengan payung atau baju hujan.
Suasana menjadi gegak gempita sebaik sahaja pengumuman ketibaan Anwar dan mereka tambah teruja apabila Anwar memulakan ucapan penuh semangat lagi bernas.

Keadilan Daily juga mengesan beberapa orang pengsan atau pitam berikutan kepadatan manusia di stadium berkenaan.
Perhimpunan aman berikutan tiada provokasi mana-mana pihak itu, bersurai kira-kira jam 11.30 malam.
- keadilan daily