KUALA LUMPUR, 8 Mei — Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa agar
semua percubaan untuk membangkitkan sentimen perkauman dihentikan yang
menyalahkan komuniti tertentu di atas prestasi buruk Barisan Nasional
(BN) di peti undi Ahad lalu.
"Ini tidak adil dan tidak membantu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bekas perdana menteri (gambar) yang meletakkan
jawatan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Najib Razak pada 2009
selepas BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di bawah kepimpinannya,
bersetuju keputusan pilihan raya Ahad lalu memerlukan negara untuk
melakukan perdamaian dan perpaduan nasional.
Beliau juga menggesa pembangkang menerima dan menghormati keputusan
pilihan raya, walaupun mereka kalah dengan majoriti tipis dan mendakwa
penipuan dan kesalahan pilihan raya besar-besaran dalam proses Pilihan
Raya 2013.
"Rakyat Malaysia berhak untuk kestabilan dan kepastian yang hanya
boleh dicapai dengan semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini,"
katanya dalam mesej kepada pembangkang.
"Mari kita bergerak ke hadapan untuk kepentingan rakyat Malaysia."/~TMI
Ahli kelab motosikal lepak, baring dalam ‘mini market’
7 minutes ago
Pandai pulak dia nasihatkan PR terima keputusan pilihanraya. Kenapa tak nasihatkan UMNO supaya jgn menipu dlm pilihanraya? Selagi rakyat tidak diberikan hak-haknya, selagi itulah rakyat akan menuntut. Inilah UMNO. Pandai cakap je. Tak sedar apa yang diperkatakan itu semua mendedahkan pekongnya sendiri.
ReplyDeleteTipu pilihanraya macam mana? cuba detail kan.... supaya kita boleh sama-sama atasi masalah yang ada. Kan masa orang buang undi, ada wakil semua calon. Saya nampak dia orang tanda disenarai dia orang waktu nombor giliran, nama dan nombor kad pengenalan disebut dengan kuat sekali.
ReplyDeleteMasing-masing tahu berapa orang yang datang. Jumlah tak boleh tergelincir.
Eluk juga berbual-bual dengan petugas dalam urusan PRU. Ramai petugas dari kalangan guru dan kerani. InsyaAllah mereka tidak menipu.
Kalau kita percaya dengan sistem demokrasi itulah hakikatnya, ada menang dan ada kalah. Kalau kita mahu kaedah satu lagi untuk guarantee menang tentunya dengan cara pemberontakan, revolusi..., namun cara itu adalah cara jahiliah dan ramai yang tidak berdosa akan mati bergelimpangan.
Kita tidak perlu keganasan. Dan negara tercinta Malaysia masih selamat untuk didiami. Kalau terasa sukar dan perit wajar kita beralih ke Myanmar tinggal disana seketika, dan kembali untuk menjiwai perbedaannya.
Sodap mulut kao ckp.kao tgok setempat jer,tak pon 4 tempat jer.
ReplyDeleteRasailah keperitan org yg dah lembek kluar duit seniri utk perjuangan.tinggal anak bini.dah la gaji seciput dgn taraf idup yg tinggi.sengkang mata x ckup tido dok kawal tgok peti undi n pengundi di pantau.cekup org x reti bahasa mlayu x tau sape pm.kena marah plak dgn polis lps ngadu kat diorg.ngadu kat mahkamah petisyen udah la mahal nak mampos,dpt hakim keparat,stelah semua dikorbankan,sonang kao ckp eaaaa.mcm prof n akademik dok ckp dr bilik aircond senang lar.mai bergelumang kat paneh matahari debu gelap malam,kena balun ngn samseng umngok berjahit mulut,terpaksa telan bubur seminggu pasal sakit tulang pipi.ooo
kao sodap jer bg pendapat eaaa.
kaki kelntong jugak dier nie.....masa mengundi hari tu....ada markas UMNO/BN dekat rumah dier yg berfungsi membayar duit utk beli undi....kawan aku dapat rm500.00 sbb dia datang dari rawang...kalu area kedah dapat rm200.00.....tunjuk baiklah konon.....imam ada had..ada hari......hampeeehhh
ReplyDeleteKalau menipu sekarang menang tetapi tiada yg bantah, akan dtg umno akan tipu lagi. Apa yg pelik biasanya pengiraan paling lambat dari sarawak & sabah tetapi sekarang disemenanjung pula yg lambat sebab mereka dok tipu kiraan. Mula2 PR menang kemudian blackout kira semula bn menang pula. Penipuan paling dahsyat dlm PRU13. Ini belum kira undi pos & undi awal 90% undi bn.
ReplyDeleteRakyat perlu bangkit tolak penipuan umno/bn. Jika tidak umno/bn akan tipu lagi pd PRU14 pula.