.

Wednesday, 8 May 2013

MCA desak Chua Soi Lek letak jawatan

KUALA LUMPUR: Selepas kalah dengan teruk dalam pilihan raya umum ke 13, para pemimpin kanan MCA mendesak presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek meletakkan jawatan segera.

Bagi mereka, Chua gagal dalam memahami sentimen masyarakat Cina sehingga ditolak dengan teruk bahkan paling teruk dalam sejarah politik negara.

Tiga dari pemimpin MCA iaitu ahli Jawatankuasa Pusat, Lee Wei Kiat (Pengerusi bahagian Subang), Liew Yuen Keong (Pengerusi Bahagian Serdang) dan Tan Chong Seng (Pengerusi bahagian Kuala Selangor) mendesak Chua meletakkan jawatan segera.

Dalam PRU 13 ini, Chua mengambil sikap menentang secara bersungguh-sungguh PAS dan Pakatan Rakyat sehingga menghina syariat Islam.

Antara kempen MCA adalah undi DAP = undi PAS = sokong hukum hudud.

Iklan-iklan mengenainya dibeli MCA dan diletakkan dalam akhbar-akhbar harian negara.

Dalam pilihanraya kali ini, dari 37 kerusi Parlimen yang ditandinginya, MCA hanya menang tujuh kerusi.

Dari 90 kerusi DUN yang ditandingi MCA pula, parti cauvenis Cina itu hanya menang 11 kerusi.

Hampir kesemua kerusi yang ditandinginya dimenangi oleh DAP yang dilihat lebih lembut bahkan menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

"Perpecahan dalaman yang semakin meluas, cenderung kepada puak dalam pemilihan calon dan kritikan yang tidak wajar Chua kepada masyarakat Cina telah merosakkan lagi imej parti," kata kenyataan ketiga-tiga pemimpin MCA itu.

"Kami mendesak presiden MCA meletakkan jawatan daripada semua jawatan parti kerana dia sudah menjadi bebanan kepada parti," kata mereka dalam kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini./~harakahdaily

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Mata juling's avatar

Mata juling · 634 weeks ago

Kami dari Umno pun malu di mata PAKATAN sebab MCA berketuakan seorang "kaki sex". Inilah modal yang mereka jaja dan ini memang benar. Chua mmg patut dan mesti letak jawatan. Kami dari UMNOpun semuanya malu.
kami pun dari MCA pun malu di mata PAKATAN sbb UMNO/BN berketuakan seorang yg terlibat dgn pembunuhan org......sehinggakan pemimpin pembangkang menggelar najib.....pembunuh...sbb....tamak kan komisyen kapal selam....
Kalau DAP dan PKR nak join BN ak dak masalah , tapi PAS sekali kali jangan .Perjuangan kita mesti di teruskan walaupun walau apa pun yang terjadi dengan PR. Apa apa hal pun kekalkan keamanan di Malaysia ,itu yang penting.

Post a new comment

Comments by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist