Timbalan
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil
memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan
kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter
miliknya Selasa lalu.
Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma,
Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok).
Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu
jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar
di Selangor.
Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan
Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)
yang berlangsung Ahad lepas.
"Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat."
kata Azmin dalam laman Twitternya.
Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat
menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di
sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas
hati berhubung keputusan PRU-13.
"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal. Dalam
Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada
PRU-13 diterima.
"Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat
bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.
"Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah
diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat.
Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Azmin gagal apabila panggilan
ke telefon beliau tidak berjawab.
Pada pilihan raya umum lalu, Azmin berjaya mempertahankan kerusi
Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi.
Azmin dapat 54,827 undi sementara pencabarnya, calon Barisan Nasional
(BN) Datuk Dr Rahman Ismail mendapat 50,093 undi. sumber
[Apakah yang sudah terjadi kepada Azmin agaknya?. Tiba-tiba beliau seolah-olah "melawan tauke" gara-gara gusar namanya tidak naik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
[Apakah yang sudah terjadi kepada Azmin agaknya?. Tiba-tiba beliau seolah-olah "melawan tauke" gara-gara gusar namanya tidak naik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Ramai yang melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
dalam situasi berbahaya sekarang ini jika tiba-tiba Azmin membuat
kejutan dengan meninggalkan parti itu. Umum mengetahui beliau amat rapat
dengan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebenarnya. Malah,
kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dan PKR sendiri menjelang
Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini juga dikatakan berpunca daripada
tindakan beliau yang menukar mana-mana calon yang tidak menyokongnya
pada Pemilihan Parti 2010 yang lalu.
Akhirnya berpuluh-puluh orang Ketua
Cabang yang disyaki menyokong Zaid Ibrahim ketika itu telah digugurkan
di saat akhir sebagai calon PKR. Tempat mereka semuanya digantikan
dengan "Calon Wahyu" yang menimbulkan kekecohan di sana sini. Malah,
lebih perit lagi apabila PAS, PKR dan DAP terpaksa bertembung sesama
sendiri akibat kecelaruan yang berlaku itu. Kini, mungkinkan Azmin
mengikut jejak Mahathir untuk kembali semula ke pangkuan UMNO jika dia
tidak dilantik sebagai MB Selangor?].
-http://pahangdaily.blogspot.com
Tamak jawatan..ape jee ujian dan halangan yg dihadapinya jika nak dibandingkan dgn kesusahan dan kepayahan yg dsai lalui..patut laa Allah xberi kemenangan kepada pr lagi sebb adanya anasir2 mcm ni dlm pr..mungkin skarg ni adalah tempoh pembersihan supaya kemenangan pr dikemudian hari adalah lebih solid
ReplyDeleteApalah malang pengundi gombak. Pru12 hassan ali, kalau berita ini benar, pru13 azmin pulak. Andailah berita ini benar wahai azmin, aku takkan halalkan undi aku pada kau.
ReplyDeleteYB TAMAK BIN HALOBA....ORANG TAMAK SELALU RUGI MUA KA KA
ReplyDeleteSungguh menghairankan...MB Tan Sri Khalid telah memberi banyak kebaikan di Selangor...kenapa perlu berebut-rebut lagi...terus kan perjuangan untuk bersama-sama rakyat bukan mundur ke belakang...buat Azmin! dan pemimpin yang di pilih rakyat...anda sentiasa di perhatikan tingkah dan laku anda kerana rakyat bijak MEMILIH DAN MENILAI siapa? ...persoalan nya...tanya pada diri..untuk apa anda mewakili rakyat...bukannya...untuk menikmati habuan???... atau nak tunjuk kan diri anda lebih Hebaat! dari orang lain...
ReplyDeleteAzmin kini dah takut dengan asakan politik melampau. Adakah kerana tidak dilantik sebagai MB dia sanggup U turn. Ingat kalau nak derhaka baik derhaka sebelum PRU13 hari tu. Jangan membuli undi rakyat kepada kamu. Jangan jadi pengkhianat macam Hassan Ali dan Ibrahim Ali. Takpe DSAI akan bersara nanti, engko org pandai-pandailah.
ReplyDeleteBersedialah dlm masa terdekat ini PR akan kehilangan 1 negeri lagi, Selangor. Saya penat dgn perbalahan sesama meraka dlm 1 parti dan apa yg saya perjuangkan utk PR walaupun tidak sebesar mana rasanya seperti sia-sia aja.
ReplyDeleteKatanya rakyat adalah raja. Sekiranya benar, maka kau sepatutnya merafak sembah memohon perkenan dr pengundimu, termasuk aku. Jangan jadi seperti UMNO yg hanya merajakan rakyat ketika PRU sahaja
ReplyDeleteWahai rakyat sekalian...!
ReplyDeleteIni bermakna...apa yang Tan Sri Khalid buat PERUBAHAN di Selangor dan di keluarkan kejayaan Selangor hari ini kepada umum...mungkin ini yang BERDETIK di hati Azmin...pada khalid..." macam baguih sangat dia nieee..." ...ki ki ki
Sepatutnya Pemimpin PAS yg lebih bersuara tapi ini sebaliknya ... TG Hj Hadi pun menyatakan sokongan pada TS Khalid , sebaiknya pemimpin PKR Selangor kena hormati lah...
ReplyDeleteRakyat bersama DSAI - teruskan perjuangan walaupun orang kanan PKR dan Datuk Seri membuat ugutan.
ReplyDeleteYnag penting dahulukan kepentingan rakyat dari kepentingan individu dalam PKR.
Rakyat yang akan memenangkan PKR bukannya Azmin Ali
sial tol.. mmg ptut pn klah dlm plhnraya.. klu mng
ReplyDeletelngkup mlaysia..
Saya percaya hampir 99% Penyokong PR bersetuju dengan pandangan goodvirus ini.
ReplyDeleteDiharapkan Saudara Azmin tidak membuat langkah sumbang yang menghancurkan harapan rakyat dan seterusnya merugikan diri sendiri. (tak taulah kalau2 RM juta2 yang menjadi matlamat hidupmu sebagaimana Hasan Ali, maka TERUSKANLAH NIAT ANDA)
JM
Petikan komen teman dari blog Ameno World
goodvirus · 1 hour ago
azmin ali,ingat! kalau perjuangan kita ikhlas jangan terlalu mengejar pangkat hingga lupa perjuangan.
anwar ibrahim,jangan terlalu ikutkan hati sendiri,kelak memakan diri.saranan orang dibawah anda mestilah di ambil kira kerana anda berada diatas disebabkan ramainya orang dibawah menjadi tiang sokongan.jika satu atau dua tiang itu rebah maka rebah ketanah jua anda..
maaf jika terkasar bahasa....
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/05/azmin-ali-bidas-pr-anjur-perhimpunan-di.html#ixzz2SnWIWtWr
Saya harap ia tidak berlaku. Kalau betul berlaku amat malang. Ingat undi rakyat Gombak bukan Azmin tapi kerana PR. Saya yakin kalau dia keluar dari PAkatan ia akan senasib dgn Zul Nordin, Ezam, Roslan dan banyak lagi akan tenggelam
ReplyDeleteJangan buat kerja gila..
ReplyDeleteKALAU BERJUANG BUKAN KERANA allah INI LAH JADINYA.LBH BAIK DIA KELUAR 10 TH DULU
ReplyDeletesaya suka pejuang PKR kalau mcm tnsri khali,anwar ,wan azizah.kalau yg muda2 ni mmg tak bolih harap.nk cpt kejar pangkat.menyesal betul undi azmin kalau ta jadi begini.tau nak melingkupkan parti.kesian pada rakyat yg sokong awk selamani.kalau awk keluar memang akan di kencing olih rakyat.
ReplyDeleteDlm ramai2 ahli politik sy cuma boleh recal seorang shj yg down to earth rajin iklas n approacable selain dr lo lo adalah azmin ali.
ReplyDeleteSapa yg nk komen lebih psl azmin . Go fly kite n f off n die
dia mmg rajin tapi tak ikhlas.....
Deleteberterima kasih lah pada org Gombak....kalau nak keluar parti pun jgn lupa memberkhidmat pada org Gombak.....tanpa undi org Gombak siapalah kamu.....jgn buat perangai org umno yg dah lama ditolak oleh orang2 Gombak.....ingat....ada masjid diGombak yg membuat sembahyang hajat supaya calon PR beroleh kejayaan......
ReplyDeleteAlah dia, suraida dan geng bukan nya apa terliur tengok RM 2 Billion yg TS Khalid reservekan untk selangor.. Banyak jugak tu.. untung2 blh sebat
ReplyDeleteibrahim ali, hassan ali hermmmmm azmin ali ni adik bungsu dorang ker
ReplyDeleteSpesis hasan ali jugak neh...pelaq betoi
ReplyDeleteDah nak pelingkup, hantam saja lah..!! pi mampuih lah.!! sia-sia aku sokong hang selama ni..!
ReplyDeleteok soalan ni macam luar dari topik.tapi saya tertanya2 kenapa dulu antara pengasas pkr dan teman rapat yang menyokong anwar ramai yang meninggalkan anwar ibrahim contoh dr chandra,Nalla Karuppan,Zainur Zakaria etc?sekiranya azmin ali keluar dari pkr lagi kuat la soalan ini untuk saya tahu jawapannya.
ReplyDeletejawapanyer...tak der istiqomah.....mudah terpedaya ngan bisikan syaitan yg dikenali dan real punyer syaitan....
DeleteDulu 1997 dh sembhyg hajat ramai2, minta tuhan tunjuk kebenaran, mm dah nampak kebenaran aje nih...
DeleteInilah akibatnya niat perjuangan yang tidak ikhlas, mudah sangat terluka hati.Tidak tabah dalam perjuangan.Tengoklah YB Husam Musa,senantiasa menerima saja segala ketentuan, walaupun tidak dilantik jawatan EXCO. Orang yang berjiwa besar dan kental sahaja yang layak jadi pemimpin kesayangan rakyat.
ReplyDeleteIni semuA poyo
ReplyDeleteko azmin kalau anak jantan letak jawatan tanding semula.ko menang bukan sbb undi ko.ko menang sbb undi rakyat. kalau rafizi mmg aku puji yg muda2 ni ssh nk percaya.nurul ezzah pun ok.azmin ulmi saaama teruknya.ko nk keluar kene letak jawatan faham bahlol
ReplyDeletecontohi YB Husam....ikhlas dalam perjuangan bukan pangkat yg di kejar.....Ya Allah pelihara PR supaya tidak berantakan dilanda ujian...Ingat harapan Rakyat...........jangan pangkat dan kesenangan yg dikejar...sbb berjuang dlm PR tidak akan menjanjikan kesenangan malah kesusahan dan kegetiran ...nak senan dan buat duit dng jawatan pi masuk omno..nauzubillah....
ReplyDeleteazmin ali,hassan ali,ibrahim ali.sapa lagi yg ada ali memang sepesis yg sama.semua nk kejor jawatan.bukan kerana ALLAH.kalau ko keluar tak lepas jawatan aku mmg bawak setong taik tabur dpn rumah awk.dlm saat genting buat hal.igt ko punya jasa beso sgt ke.kalau dgn khalid jauh panggang la
ReplyDeleteSaudara Azmin, tolong fikir masak-masak.. Tahukah anda betapa sedihnya penyokong PR akibat di tipu semasa proses pengundian... Sekarang anda pula?.. Tolong bermuhasabah.. Apa yang anda inginkan.. Adakah kepentingan diri atau kami, para pengundi....
ReplyDeleteKalau guna bahasa yang kesat dan kutuk-kutuk orang tolong jangan sebut Allah ye? Ke menyamar je sebagai Melayu Islam ni. Tak takut kumpul dosa nampaknya ye? Kesihannya tengok orang Melayu sampai ketahap yang sungguh hina seperti ini. Ya Allah berilah mereka hidayahMu. Aamin.
ReplyDeletepenyokong PAKATAN bodoh
ReplyDeletepenyokong PAKATAN tak bodoh...ttp ada setengah pemimpin PAKATAN ingat penyokongnyer bodoh.....
DeleteAzmin, buatlah sidang media di pejabat Keadilan di depan pengundi pakatan rakyat. Boleh rakyat tahu apa anda nak cakap.
ReplyDeleteBerjuanglah kerana ingin menolong rakyat.Ketepikan ego dan buang rasa hasad dengki. Ingatkah pada perjuangan sebenar anda wahai pimpinan PR.
ReplyDeleteRasa2nya sesiapa saja nama calon bin Ali lepas ni kena waspada takut jadi mcm 3 bin Ali
ReplyDeleteBila nak undi undilah pakatan , bila nak jawatan pakatan tak boleh masuk campur , memang bijaklah kepala otak pemimpin pkr ni , hati busuk. Tak habis-habis buat perangai dari sebelum pilihanraya lagi, pkr tu taklah hebat manapun.
ReplyDeleteSaudara Azmin Ali - Jika jawatan yang kau kejarkan maka letaklah jawatan dan sertailah UMNO kembali seperti EZAM yg mungkin saudara dilantik Senator.
ReplyDeleteJika perjuangan RAKYAT yang inginkan KEADILAN, RASUAH DIHAPUSKAN dan KEBATILAN dilunaskan maka muhasabahlah diri dan teruskan perjuangan kerana rakyat sentiasa dibelakangmu.
Kami takkan RALAT sebesar kuman pun jika saudara meletak jawatan dari PERJUANGAN PAKATAN dan kembali ke UMNO walaupun saya duduk di area PARLIMEN dan DUN Saudara Azmin.
Apa yang penting PERJUANGAN RAKYAT harus diteruskan.
INGATLAH -- Saudara hanya wakil kepada RAKYAT dan bukanlah saudara seorang sahaja yang berjuang menghadapi REFORMASI & BERSIH... Kami RAKYAT yang inginkan PERUBAHAN juga sama menghadapinya malahan lebih teruk dikerjakan.
-- Sekian ---
kah kah kah!
ReplyDeleteSekarang bangkai yang busuk akan terbuka.