.

Sunday 26 May 2013

Anwar salahkan BN sebagai punca perjanjian damai dengan Najib berkecai

Datuk Seri Anwar berucap semasa Kongres ke-9 PKR, 25 Mei 2013. — Gambar oleh Saw Siow FengPETALING JAYA, 25 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuduh Barisan Nasional (BN) melanggar beberapa syarat semasa perjanjian damai pada April lalu dimana naib presiden Indonesia Jusuf Kalla menjadi orang tengah antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) tersebut berhujah dalam menghormati perjanjian itu yang mensyaratkan kedua-dua pihak menerima sebarang keputusan pada Pilihan Raya 2013, terdapat beberapa syarat awal yang mesti dipenuhi terlebih dahulu.

“Terdapat beberapa parameter yang dipersetujui. Pertama, etika dalam mengendalikan kempen dan cara hal ehwal media dikendalikan oleh kerajaan supaya tidak dipergunakan untuk menyerang pembangkang... ini tidak berlaku.”

“Syarat kedua pilihan raya yang adil dan bebas termasuk akses kepada media, seperti dituntut Bersih, tapi tidak dipenuhi,” kata ketua umum PKR tersebut kepada wartawan sebaik berakhir Kongres Nasional Ke-9 disini, serta mendakwa penipuan pilihan raya telah terbukti.

“Dan ketiga, adalah kebergantungan semasa menerima syarat itu, pendirian kami adalah menerima keputusan tersebut,” tambah bekas timbalan perdana menteri lagi.

Kenyataan Anwar tersebut hadir selepas laporan Wall Street Journal memetik Jusuf menuduh beliau memungkiri perjanjian damai dengan membantah keputusan pilihan raya tersebut.

Akhbar antarabangsa tersebut mengeluarkan wawancara dengan ketiga-tiga pihak mengesahkan kewujudan perjanjian damai itu, serta memetik Jusuf mendakwa telah menelefon Anwar sehari selepas pilihan raya 5 Mei lalu dan menggesa ketua pembangkang tersebut menghormati komitmen tersebut dan “melihat realiti”./~TMI

9 comments:

  1. Apa ni asyik kena tipu je..penat la wei...

    ReplyDelete
  2. Adakah perjanjian ini disyaratkan najib boleh menipu utk menang dan anwar kena terima? Bodoh sangatlah anwar kalau terima syarat tersebut. Walaupun anwar mengalah bila ditipu tetapi adakah rakyat boleh terima penipuan ini?

    Rakyat bukan sebodoh yg umno/bn sangkakan tetapi hanya yg menyokong umno dan pemimpin mereka yg bodoh.

    ReplyDelete
  3. so, betul la ada perjanjian sulit antara dsai ngan bijan ni??????? kita kat bawah ni berjuang macam nak mati, diorang bheh plak main pakat-pakat je. sape sebenarnye kene tipu ni????

    ReplyDelete
  4. tau tak pe, nasib badan

    ReplyDelete
  5. Perjanjian sulit ker ape ker sedangkan barang sulit pun orang tunjuk n jual. Siapa Jusuf Kalla? Spesis scorpion? Jenis Binatang berbisa wajib dimusnahkan. Bodoh punya olang sedap mulut kau nak suruh terima keputusan PRU13, Perjanjian ok untuk melepaskan kuasa dengan aman dengan syarat PRU dijalankan dengan ADIL dan BERSIH, Jusuf Kala jengking ..doh, si.., lak...?

    ReplyDelete
  6. salam,
    perjanjian pr dgn bn bertujuan supaya tiada rusuhan akan belaku bila satu antara dua parti itu menang pru 13 n terima dgn hati terbuka malah sebelum pru 13 najib ada utarakan dalam ucapan beliau semasa pengubalan parlimen sebelum ini bahawa sekiranya ada peralihan kuasa memerintah akan berlangsung dgn aman. tak kan kamu semua lupa???? maka inilah pedamaian antara mrk supaya malaysia dalam keadaan aman n terima kekalahan dgn hati terbuka. tetapi masalah skrg spr tipu malah polis salah guna kuasa berpihak pada ubn malah media prima juga bersubahat utk menangkan ubn maka bagaimana tan sri anwar nak terima kekalahan yg tak adil malah semua pihak salahkan beliau yg telah lakukan byk utk parti pr malah rakyat juga bersatu disebabkan beliau kita bersatu n ingin ubah kerajaan yg tak adil malah zalim.
    maka tanpa tan sri anwar boleh ke pr sekuat ini malah ahli2 nya berkerja kuat utk parti supaya lebih kuat n berkuasa bersuara utk rakyat malaysia.tak macam ahli2 yg ada hanya tunggu jadi calon n nak jawatan sj tetapi tak berkerja kuat utk parti malah nak salahkan org sj. maka tan sri anwar memang seorg tokoh yg berwibawa malah tak begitu taksub ingin kan jawatan malah lebih pada perpaduan rakyat n berkerja demi utk memberikan apa yg rakyat inginkan supaya beliau mampu tunaikan janji beliau utk rakyat sekiranya rakyat berikan mandat. namun bukan nasib tak menyebelahi beliau tetapi telah dirompak undinya malah ditukar undinya malah ditambah undi utk ubn supaya pr kalah pru13 yg lalu malah semua bukti berpihak pada anwar yg beliau tidak tipu rakyatnya walaupun ada pihak mengatakan anwar buat fitnah utk menutup kekalahan beliau. rakyat harus terus berikan sokongan padu pada tan sri anwar utk teruskan keadilan pada rakyat n hidupkan demokrasi yg telah mati dimalaysia. bangkit utk berikan kuasa pada anwar utk beliau berikan keadilan pada rakyat n negara malaysia yg tercinta ini.
    reformasi......harus diteruskan sampai berubahnya malaysia.
    amin.

    ReplyDelete
  7. Betul kata Daim. Anwar memang seorang 'penghibur!'

    ReplyDelete
  8. daim penglipur lara,mahathirsbg pengurus pasukan,najib ketua pasukan.dua kali 5 je

    ReplyDelete
  9. Blajarlah melihat kebaikan org lain dan periksalah diri sendiri. Biasanya org yg suka mencari kesalahan org lain kesalahan diri sendiri itu lebih teruk lagi.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist