PETALING JAYA: Kehadiran kartunis politik Zulkiflee
Anwar Haq atau Zunar telah mencuit hati kira-kira 2,070 perwakilan dan
pemerhati dalam Kongres Nasional Keadilan apabila beliau meminta rakyat
menolak 'CIMB'.
Beliau
yang dijemput khas untuk memberi ucapan di dalam kongres pada mulanya
membuatkan para hadirin tercengang sebaik menyebut rakyat harus tolak
'CIMB'.
"CIMB! ya rakyat perlu tolak C-Cambodia, I-Indonesia,
M-Mynamar dan B-Bangladesh," katanya yang diikuti gelak tawa para
perwakilan.
Katanya, sekiranya BN tidak menggunakan 'CIMB' ini mereka mungkin hanya akan dapat 30 peratus sahaja undi popular sahaja.
Tegasnya dalam sejarah perjuangan tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan majoriti rakyatnya.
"BN sedang menghadapi barah tahap keempat dimana hanya menunggu untuk dibedah dan disemadikan," katanya.
Beliau bersama-sama barisan kartunis berjuang secara kreatif melalui kartun untuk menumbangkan kerajaan BN.
"Kenapa kita berjuang dengan kartun, sebab kerajaan sekarang adalah kerajaan kartun yang menyamar sebagai manusia.
"Kita
banyak gunakan karikatur yang gelak berguling-guling sebab lepas gelak
kita akan gulingkan kerajaan BN," katanya yang sekali lagi membuatkan
para perwakilan ketawa.?~harakahdaily
Ahli kelab motosikal lepak, baring dalam ‘mini market’
7 minutes ago