KUALA LUMPUR: Ketika Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) sibuk
mengarahkan anggota-anggotanya menangkap pemimpin dan aktivis Pakatan
Rakyat, adakah dia memberikan perhatian kepada jenayah, Naib Presiden
PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bukan sahaja rumah kakak Khalid sendiri
di Mantin di rompak dan rumah adik Timbalan Perdana Menteri di Petaling
Jaya juga dirompak, malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul
Low secara tidak langsung menuduh polis tidak mampu menjalankan tugas
apabila bimbang menteri yang mengisytihar harta akan tergugat
keselamatan mereka," kata beliau.
Mengulas kenyataan Low itu,
Mahfuz menyifatkan kenyataan Low amat jelas menyatakan kepada rakyat
bahawa jika seseorang mempunyai harta, ia tidak selamat lagi untuk
berada dalam negara ini.
"Bukan itu sahaja, Low juga memberikan
gambaran yang sangat jelas bahawa menteri-menteri kerajaan BN mempunyai
harta yang sangat banyak, mungkin sehingga berbilion-bilion dollar
Amerika, sebab itulah tergugat keselamatan mereka dan keluarga mereka
kalau mengisytiharkan harta," katanya.
Mahfuz juga menyifatkan
kenyataan Low itu sebagai anti-ketelusan yang sekaligus menghalang
rakyat mengetahui dari manakah sumber harta menteri-menteri yang begitu
banyak itu sehingga bimbang menggugat keselamatan mereka kalau
diisytiharkan harta-harta tersebut.
Beliau kesal kerana Presiden
Transparency International-Malaysia (TI-M) itu menutup peluang rakyat
untuk mendapatkan ketelusan dan memastikan menteri-menteri bersih dan
dilihat bersih serta tidak menyalahgunakan kuasa.
"Low nampak
benar mahu membunuh isu ketelusan melalui pengisytiharan harta dengan
membangkitkan isu keselamatan sehingga beliau memberi gambaran negara
ini tidak lagi selamat kalau berharta," kata Ahli Parlimen Pokok Sena
itu.
Mahfuz juga menolak tindakan mengaitkan pengisytiharan harta dengan isu keselamatan.
"Pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang mengisytiharkan harta mereka. Tidak pula tergugat keselamatan mereka.
"Agaknya harta pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang tidak cukup banyak untuk dirompak," kata beliau sinis
Pada masa yang sama, kata Mahfuz, mereka yang tidak mengisytiharkan harta juga dirompak.
Beliau
memberi contoh, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz tidak mengisytiharkan hartanya, tetapi rumahnya
dirompak.
"Begitu juga ada pegawai-pegawai kanan atau bekas
pegawai-pegawai kanan polis yang tidak mengisytiharkan harta mereka,
tetapi rumah mereka dirompak juga," katanya.
Mahfuz mengingatkan Low bahawa rakyat sedang memerhatikan tindak-tanduknya.
"Adakah Low membasmi rasuah atau dia pula yang diheret dan tenggelam dalam kebiasaan parti perasuah," kata beliau.
-harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tumpu pd politik byk faedahnye boleh dpt..klu tumpu pd jenayah silap2 boleh kiok..
ReplyDelete