KUALA LUMPUR: Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin,
anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber
Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.
Sumber Umno
menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN
akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai
ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.
Mahathir
dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:
“Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang
alternatif.”
“Ini memberi tamparan kepada Muhyiddin yang
merasakan selama ini beliau adalah 'Prime Minister material' di mata
Mahathir. Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang kerana nyawa politiknya
telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno kepada
Harakahdaily.
Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.
“Sepatutnya
Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus
timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin
itu cukup pelik. Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada
keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana
tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata
beliau lagi.
Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin
tiada cara untuk menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai
Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.
Ini kerana
katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah
pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka
Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa
Samad.
“Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula
seolah-olah sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa
cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata sumber Umno itu.
Harakahdaily
sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin
bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden
tidak dipertandingkan.
“Boleh kalau mereka boleh puaskan hati
semua warlord dan kini saya percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak
dapat satukan semua warlord.
"Najib sudah pasti akan cuba umum
jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak
halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang layak
mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan
perbualan./~harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Setakat ni tiada siapa yg boleh tandingi mahyuddin dlm amno..kami menyokong mahyuddin sepenuhnya kerana isterinya bertudung dan melambangkan negara islam..lawan mahyuddin lawan..
ReplyDeleteHE!HE!HE!
ReplyDeleteSEBAB ITU ALLAH TAK BAGI HANGPA MENANG SEBAB HANGPA KUAT TIPU. HANGPA YANG PIKIAQ KOT NU KOT NI, HANGPA KATA SUMBER UMNO...
ribuan rakyat malaysia mati dijalan raya setiap tahun Lihat disini marilah sumbang idea kita.
ReplyDeletebila lah orang tua ni nak ...... agak nya , menyemak malaysia je.
ReplyDeleteMuhyddin dah masuk perangkap Mahathir! Dah begitu lama dalam politik pun, tak faham2 perangai orang tua tu. Dalam benak Mahathir orang yang layak menggantikan Najib nanti ialah anaknya Mukhriz. Silap haribulan Mukhriz akan terpilih sebagai Timb Presiden Umno dalam Perhimpunan nanti.Muhyddin akan melopong.
ReplyDeleteMahathir cuba tukar tajuk... Jangan terpedaya...terus perangi penipuan praya
ReplyDelete