KUALA LUMPUR 29 APRIL: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya
Universiti Malaya (Umcedel) mempertahankan keabsahan hasil kajian mereka
yang terbaru berkaitan pilihan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum
ke-13 (PRU13).
Ianya ekoran ada pihak yang mempertikai hasil kajian tersebut
khususnya dari kalangan penganalisis politik dan termasuk juga dari
pimpimpin Umno BN.
Dalam
satu kenyataan semalam, pihaknya berkata, kajian akademik tersebut
dibuat dengan mematuhi standard dan tidak bias kepada mana-mana pihak
yang berkepentingan.
“Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai
oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak
memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik,” kenyataan
mereka dipetik.
Pada 25 April lalu, Umcedel telah mengadakan sidang akhbar
mendedahkan hasil kajian terbaru mereka berhubung pilihan pengundi
menjelang PRU13.
Kajian terhadap 1,407 responden pelbagai kaum yang merupakan pengundi
berdaftar itu dijalankan pada 3 April hingga 20 April lalu.
Antara lain kajian itu mendapati, 43 peratus responden berpendapat
Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib 39 peratus.
Selain
itu, kajian tersebut juga mendapati rata-rata pengundi bersetuju bahawa
manifesto Pakatan Rakyat lebih memenuhi harapan rakyat berbanding
manifesto BN.
“Pandangan dan komen separuh masak yang tidak mempunyai nilai
akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut amat dikesali,”
kata Umcedel lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengulas kajian itu semalam bagaimanapun menyifatkanya sebagai karut.
Najib berkata, beliau tidak setuju dengan kajian tersebut yang
menunjukkan beliau berada empat mata di belakang Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. – Harakah Daily
Di bawah kenyataan penuh Umcedel:
Nota ini merujuk kepada pandangan beberapa orang penganalisis politik
berkaitan dengan hasil kaji selidik yang telah dijalankan oleh Umcedel
berkaitan pilihan pengundi menjelang pilihan raya umum ke-13 yang
disiarkan dalam www.sinarharian.com.my pada 27 April 2013.
Hasil kaji selidik ini telah dihebahkan semasa persidangan akhbar
pada 25 April 2013 di Universiti Malaya yang telah dihadiri oleh
pemberita dari dalam dan luar negara termasuk beberapa orang diplomat
antarabangsa. Kesempatan juga telah diberikan kepada wartawan dan
diplomat untuk mengemukakan persoalan dan meneliti lebih lanjut kajian
yang kami jalankan.
Beberapa penjelasan kepada kajian tersebut:
1. Berlaku kekeliruan berkaitan istilah populasi dan sampel. Populasi
merujuk kepada keseluruhan komponen sama ada jumlah penduduk negara
atau jumlah pengundi.
Sementara sampel adalah sebahagian komponen yang akan mewakili
keseluruhan populasi. Standard dan prosedur statistik yang menjadi
amalan kajian di peringkat tempatan dan antarabangsa adalah mendapatkan
sampel. Contoh yang paling mudah, doktor tidak perlu mendapatkan
sebahagian besar atau kesemua darah pesakit untuk mengetahui penyakit,
namun hanya cukup dengan setitik darah sahaja.
2. Pemilihan responden seramai 1,407 adalah mewakili keseluruhan
komponen pengundi berdasarkan pecahan etnik, jantina, struktur umur,
lokasi tempat tinggal, status pekerjaaan dan pendidikan.
Sampel yang dipilih adalah responden yang telah mendaftar sebagai
pengundi dan pernah mengundi dalam pilihan raya. Jumlah sampel tersebut
adalah standard sampel yang digunakan oleh badan penyelidik antarabangsa
seperti MORI, YouGov dan Gallup.
Malah beberapa badan penyelidik akademik serantau seperti Election
Study Center di National Chengchi Universiti di Taiwan, Lembaga Survey
dan Lingkungan Survey di Indonesia juga mengggunakan jumlah sampel yang
hampir sama. Metodologi yang digunakan dalam kajian adalah secara
bersemuka menggunakan soalan yang berstruktur.
3. Umcedel adalah badan penyelidikan akademik yang bernaung di bawah
Kluster Kemanusiaan dan Sains Sosial Universiti Malaya yang dianggotai
oleh ahli akademik tempatan dan antarabangsa. Kepakaran ahli Umcedel
termasuk dalam bidang statistik, sains politik, politik antarabangsa,
sistem maklumat geografi, sejarah dan geografi pilihan raya.
Kajian yang kami jalankan mematuhi standard akademik dan dibiayai
oleh universiti yang mempertahankan nilai intergriti, telus dan tidak
memihak kepada mana-mana individu ataupun parti politik.
4. Masyarakat juga tentunya menantikan kajian daripada
penganalisis-penganalisis politik yang terlibat secara langsung di
lapangan untuk mendapatkan gambaran sebenar yang berlaku di peringkat
akar umbi dan bukannya bergantung kepada pemerhatian politik melalui
media semata-semata.
5. Pihak yang berminat boleh melayari laman sesawang
www.umcedel.um.edu.my untuk mendapatkan butiran lanjut kajian tersebut
dan beberapa kajian yang telah kami jalankan. Pihak kami juga bersedia
berdiskusi dengan mana-mana individu dan pertubuhan yang mahu meneliti
lebih lanjut kajian kami.
Pandangan dan komen separuh masak yang tidak
mempunyai nilai akademik tanpa melihat dengan lanjut kajian tersebut
amat dikesali.
-sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-