Tun M beri isyarat Putrajaya dalam bahaya
PUTRAJAYA: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyerang
calon PAS Datuk Husam Musa bertubi-tubi di ceramahnya semalam memberi
petunjuk bahawa Putrajaya dalam bahaya buat BN.
“Saya datang
sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya,
tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali,” kata Dr Mahathir ketika
berceramah di Presint 9, Putrajaya kelmarin bertajuk Pertahankan
Putrajaya.
Dalam ucapannya juga semalam, Mahathir dengan angkuhnya merendah-rendahkan Husam dengan berkata;
“Balik
betulkan Kelantan dahulu. Kalau dah berjaya baru mohon izin untuk
bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar.
Itu latihan terbaik untuk jadi PM, bagi kuali,minyak kelapa dah pandai
baru bercita-cita jadi PM.
“Sebelum daripada itu duduk
diam-diamlah di Kelantan, itu tempat tinggal kamu. Tiru presint-presint
di Putrajaya ini. Buat pejabat-penjabat dan rumah yang baik di Kelantan,
Selepas itu baru minta kerja di Putrajaya,” kata Mahathir.
Mahathir
terlupa, jikalau bukan kerajaan pusat menyekat duit royalti pada
Kelantan, sudah pasti Kelantan hari ini jauh terkehadapan berbanding
mana-mana negeri BN.
Persoalan yang terpenting yang perlu dibaca
daripada cacian Mahathir ialah; jika Putrajaya kubu kuat Umno BN,
mengapa ada terlintas di fikiran Mahathir bahawa Putrajaya akan jatuh
kepada “orang yang tak sepatutnya.”
Pertanding di P125-Putrajaya ini adalah antara Husam dan calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Kedua-duanya bukan berasal daripada Putrajaya. Tengku Adnan berasal daripada Melaka.
Kedua-duanya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Jadi apa kriteria “orang yang tak sepatutnya” bagi Mahathir.
“Bagi
Mahathir, Putrajaya adalah jantungnya. Bayangkan di umur 87, beliau
terpaksa menerima hakikat bahawa jantungnya akan jatuh ke tangan PAS
enam hari lagi. Pastilah gelabah,” kata satu sumber Umno kepada
Harakahdaily.
“Saya di program Mahathir. Kemudian saya mengikuti
ceramah Husam selepas balik ke rumah di ustream. Nampaknya Mahathir
tersilap langkah lagi. Husam menjual idea, gambaran masa depan yang
lebih baik, Mahathir masih menjual nilai kebencian dan mencaci pada
Husam. Orang muda dah tak suka benda itu,” kata sumber Umno itu lagi.
Tapi, bagi beliau, taktik Mahathir dan BN memang sudah dijangka.
“Selain
mencaci dan lucah, apa lagi yang BN mampu main? Manifesto hancur. Janji
Ditepati hancur. BR1M sudah tak berkesan. Yang tinggal hanya populariti
Najib, itupun sudah dipintas Anwar. 6 hari terakhir ini, BN bakal
'mengganas' seperti orang yang hampir lemas, PR kena bersedia,” nasihat
beliau.
Selepas Mahathir, kata sumber Umno itu, Pengerusi BN
Datuk Seri Najib Razak akan turun padang menyelamatkan Putrajaya. Husam,
katanya, harus berdepan dengan serangan Najib pula.
“Saya dengar
mereka sedang merancang satu drama untuk mendapatkan undi simpati pada
Najib pada saat-saat akhir kempen. PR kena bersedia dengan segala
kemungkinan,” nasihat beliau lagi, sambil menasihatkan Harakahdaily
untuk membaca semula insiden yang melanda bekas Presiden Taiwan Chen
Shui Bian di 2004 sehari sebelum pilihanraya./~Harakahdaily
ko sapa tun.aku punya pasallah nak pangkah sapa.time ngundi baru nk mintak tolong.pirrah...
ReplyDeletemamak ni nk sekat org bertanding kenapa. bukan bapak kutty dia yg bayar putrajaya tau. itu duit rakyat.
ReplyDeletenk ajar org goring pisang. elok kau tu ajar anak kau berenti minum arak supaya otak tk jadi bebal weng mcm kau.
kata demokrasi, sapa nk tanding kt mana itu hak parti. dulu kata pencen nk beribadat. dasar penipu. dh lama dah!!!!
pembohong lakunan aje. sekarang dia lebih sibuk dr rosmah lagi.
kak ros, tolong ajar sikit org tua kutuk ni. dia dh melampau kak ros. kak ros aje yg boleh ajar dia sebelum PR menang ni. abg najib dh senak dipicit telur sebb byk kes.