Tuesday, 30 April 2013

Putrajaya dalam bahaya : Selepas Mahathir, Daim pula turun mahu selamatkan Ku Nan

PUTRAJAYA: Tidak pernah kerusi kubu kuat Umno di Putrajaya sebegitu meriah menjelang pilihanraya.

Biasanya kerusi ini boleh ditinggalkan tanpa sebarang kempen daripada orang-orang besar Umno.

Akan tetapi kali ini, untuk pilihanraya umum ke 13, satu demi satu pembesar terbesar Umno terpaksa datang memberi ceramah untuk memberikan semangat kepada calon BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang sebelum ini yakin calon PAS Datuk Husam Musa akan kehilangan deposit di Putrajaya.

Setelah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad datang menyerang Husam dua malam lepas, semalam bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pula berkempen untuk mempertahankan kubu kuat Umno itu.

"Tidak ada sebab untuk memilih calon lain. Tengku Adnan boleh menyelesaikan masalah penduduk Putrajaya kerana dia Setiausaha Agung Umno, sementara Perdana Menteri adalah Presiden Umno. Maka mudah untuk Tengku Adnan menyelesaikan masalah.

"Saya kenal calon PAS, Datuk Husam Musa, namun antara Husam dan Tengku Adnan, saya pilih Tengku Adnan," kata beliau dalam majlis ceramah perdana dan ramah mesra dengan penduduk Presint 8, malam tadi.

Daim berkata BN bukanlah satu kerajaan yang sempurna tapi yang penting ia membawa kestabilan.

“Tanpa kestabilan tak ada orang datang melabur," kata beliau.

Harakahdaily sempat menelefon sumber Umno lewat malam tadi mengenai sambutan warga Putrajaya terhadap program Daim.

“Program Mini Karnival Kanak-Kanak Husam nampak lebih mendapat sambutan pada pendapat saya berbanding ceramah Daim,” katanya.

Harakahdaily juga bertanya apakah warga Putrajaya akan termakan kata-kata Daim.

“Kata-kata Daim itu betul. Mereka akan termakan. Tetapi, mereka juga akan berfikir selepas ini jika Perdana Menteri itu datang daripada Pakatan Rakyat, Husam pula Naib Presiden PAS – maka lebih senang Husam menyelesaikan masalah Putrajaya berbanding Tengku Adnan yang datang daripada parti pembangkang selepas 5 Mei ini.

"Logik itu betul. Tapi siapa pembangkang, siapa kerajaan? Dengan sambutan luar biasa, jauh lebih hebat daripada 2008 pada ceramah Pakatan Rakyat, dan terutamanya di Putrajaya, warga pekerja awam di Putrajaya sudahpun mula dapat menghidu bahawa mereka akan mempunyai majikan baru bermula 6 Mei ini,” kata beliau sampai tergelak./~harakahdaily

2 comments:

  1. ni satu lg cencorot menjerit.....dah migrate tu,belahlah..

    ReplyDelete
  2. apa susah,kita guna warga banglayu sbg pengundi.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)