KUALA LUMPUR: Setelah berlaku letupan di sana sini, Barisan Nasional pun menaikkan papan iklannya yang mengajak kepada 'keamanan'.

Nampak ada kaitan tetapi polis sehingga kini masih mencari siapakah kalprit di belakang kerja ini.
Di bangunan ibu pejabat MIC, Kuala Lumpur, banner besar BN dinaikkan 'Inilah Keamanan', nampak macam respon kepada semua letupan yang berlaku di sana sini itu.

Di sini slogannya hampir sama iaitu 'Inilah kestabilan' yang bertujuan memberitahu rakyat babahawa hanya BN yang mampu menjaga kestabilan.
Gambar kiri...banner besar BN di bangunan Plaza Pekeliling)
Semua slogan ini naik selepas berlakunya letupan di sana-sini.
Letupan yang berlaku di Nibong Tebal Pulau Pinang telah menjadi gambar besar muka depan akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Ia seolah-olah mahu memberitahu, hanya BN mampu menjaga keamanan dan kestabilan selepas rakyat dihidangkan dengan berita-berita ganas itu.
Namun ramai yang percaya ianya hanya perancangan pihak tertentu untuk mengelaburi mata masyarakat menjelang hari mengundi 5 Mei ini./~haakahdaily