Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan
mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.
Beliau
akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad
Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga
penjuru.
Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa
dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin
tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya
umum akan datang.
Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak
memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi
wanita, beliau dilapor sebagai berkata./~malaysiakini
Lelaki dipukul, ditikam warga emas hingga maut
5 hours ago