.

Saturday, 20 April 2013

PRU13: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia guna simbol buku di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR: Calon Bebas Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim menggunakan simbol buku pada kertas undi untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini.

Selain itu, calon Bebas yang bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan, Jahidin Isa menggunakan simbol yang didakwa beliau untuk menarik golongan muda.

Pengumuman kesemua nama calon dibuat Pegawai Pengurus, Dr Zulkapli Mohamed pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi./BH

Berita berkaitan..

Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim membuat keputusan mengejutkan dengan bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar.

Beliau akan menentang calon partinya dari BN sendiri Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.

Timbalan ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim kelmarin berkata, beliau kecewa dengan "penghinaan" yang ditunjukkan BN tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap parti berkenaan sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Malah, tindakan itu menunjukkan bahawa BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya ke atas sumbangan pemimpin tertinggi wanita, beliau dilapor sebagai berkata./~malaysiakini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist