.

Wednesday 24 April 2013

Keputusan PRU13 Parlimen Lembah Pantai 2013 : Nurul Izzah Anwar (PKR) VS Raja Nong Chik (UMNO)?

Keputusan PRU13 Lembah Pantai : Kerusi Parlimen Lembah Pantai merupakan di antara kerusi-kerusi panas dalam PRU13 dimana, berlaku pertembungan “dua musuh” utama dalam politik, iaitu Nurul Izzah dan Raja Nong Chik.

Tidak boleh tidak, penduduk Lembah Pantai akan menentukan siapa sebenarnya yang layak untuk menjadi wakil kepada rakyat Lembah Pantai. Samada Nurul Izzah ataupun Raja Nong Chik. Yang mana satu?

Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan 3 Penjuru PRU13 2013 (P121 Lembah Pantai)

keputusan pru13 lembah pantai
Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap keputusan Pilihanraya PRU12 (Pilihanraya Umum yang ke 12) tahun 2008 lalu, kemenangan yang berpihak kepada Nurul Izzah di kawasan Parlimen Lembah Pantai sehingga menewaskan Shahrizat Jalil dengan majoriti yang agak besar, iaitu 2,895 undi adalah sesuatu yang mengejutkan. Siapa sangka bukan?

Kalau mengikut suasana politik ketika itu, tidak banyak isu yang diketengahkan. Samada baik daripada sebelah Shahrizat Jalil mahupun Nurul Izzah. Shahrizat Jalil yang juga sebagai Menteri Pembangunan Wanita dipaparkan di media arus perdana seorang wakil rakyat dan menteri yang sering turun padang membantu kawasannya melalui hebahan di media arus perdana.

Namun berdasarkan aspirasi yang ditunjukkan oleh Nurul Izzah, penduduk Lembah Pantai akhirnya tetap memilih Nurul Izzah, untuk menjadi wakil buat suara penduduk Lembah Pantai di Parlimen.

Jangkaan Keputusan PRU13 Lembah Pantai : Raja Nong Chik  Atau Nurul Izzah Anwar?

 

Pilihanraya Parlimen Lembah Pantai
Berbanding untuk PRU13 3013 kali ini,  suasana politik sudah ja..uhhhh berbeza. Dalam masa 5 tahun ini, macam-macam yang telah berlaku seperti………………..(KLIK SINI SEBABNYA) sehingga Shahrizat Jalil sudah dijangka untuk tidak dipilih lagi sebagai calon Parlimen Lembah Pantai kali ini. Kematangan rata-rata pengundi di Malaysia umumnya dan penduduk Lembah Pantai amnya juga telah jauh berbeza kalau hendak dibandingkan dengan pengundi-pengundi 5 tahun dulu.

Lawan Nurul Izzah untuk PRU13 ini bukan lawan sembarangan. Raja Nong Chik merupakan di antara “orang lama” di Lembah Pantai dan cerita mengenai pelbagai karektor dan pencapaian Raja Nong Chik kepada penduduk Lembah Pantai, sering dikeluarkan dan dihebahkan di arus media perdana.

“Setiap gerak kerjanya mendapat perhatian media arus perdana”

Pencapaian Raja Nong Chik di Parlimen Lembah Pantai?

keputusan pru13 lembah pantai
Sebaliknya berbanding Nurul Izzah, cerita-cerita mengenainya lebih berkisarkan isu-isu moral seperti kes video Nurul Izzah (KLIK SINI), yang masih belum dipastikan kesahihannya. Hanya khabar angin.

Namun, bukan bermakna kurangnya berita mengenai Nurul Izzah, bermakna beliau tidak membuat kerja yang sebetulnya. Dan tidak bermakna, lambakan berita dan pencapaian Raja Nong Chik terhadap penduduk Lembah Pantai menunjukkan Raja Nong Chik adalah wira sebenar penduduk Lembah Pantai.

Video Raja Nong Chik (UMNO) VS Nurul Izzah Anwar (PKR) di Dewan Rakyat

 

Pertembungan Nurul Izzah Anwar bukan sahaja di kawasan Lembah Pantai sahaja, tetapi juga berlangsung cukup panas ketika masing-masing membawa dan mempertahankan suara rakyat di Dewan Rakyat. Hasilnya seperti video di bawah ini…



Tetapi, kematangan politik di kalangan pengundi di Malaysia semakin meningkat. Mereka sekarang semakin kritis dan analitikal dalam menilai sesuatu karakter.


Kami ingin bertanya kepada anda, khususnya kepada penduduk Lembah Pantai, siapakah yang lebih layak untuk membawa suara anda ke Parlimen menjelang Keputusan PRU13 Parlimen Lembah Pantai? Raja Nong Chik atau Nurul Izzah?

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nong Chik tu penjaga longkang ke? Atau jin yang tinggal di longkang? Bukan kerja-kerja longkang ni kerja DBKL.

    ReplyDelete
  3. dia takde projek lain ke...
    asyik main longkang je
    patut mulut busuk

    ReplyDelete
  4. Boleh le... daripada tak ada.

    ReplyDelete
  5. Apa pun keadaannya, kita mesti terus berkempen sehingga 5 may bagai memasti YB Nurul menang dengan majoriti lebih tinggi dari dulu.

    ReplyDelete
  6. pergh.. penambahan pengundi 15883 tuuu..

    ReplyDelete
  7. yb nurul byk buat bakti amal tp tkde klr mana2 media...hanya org lembah pantai tahu apa yg nurul izzah lakukan.....PR better than bn

    ReplyDelete
  8. JOm rileks jap disini? Lihat sini

    ReplyDelete
  9. Raja tu debat tin kosong...tak leh pakai kepala otsk mengampu jer ..

    ReplyDelete
  10. Penjaga longkang lebih mulia dri nurul izzah duk fitnah jaja dlm kain orang menuduh itu ini kerana nk memang dlm pru13. suruh dia jaga benda dlm kain dia & husband dia lebih baik sblum di sambar org...hu...hu..

    ReplyDelete
  11. PR NURUL IZZAH LEBIH BAIK DRI BN, BETUL LAH TU ASYIK DUK MENUDUH ORG JE BAIK LAH SANGAT....

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist