Keputusan PRU13 Lembah Pantai : Kerusi
Parlimen Lembah Pantai merupakan di antara kerusi-kerusi panas dalam
PRU13 dimana, berlaku pertembungan “dua musuh” utama dalam politik,
iaitu Nurul Izzah dan Raja Nong Chik.
Tidak boleh tidak, penduduk Lembah
Pantai akan menentukan siapa sebenarnya yang layak untuk menjadi wakil
kepada rakyat Lembah Pantai. Samada Nurul Izzah ataupun Raja Nong Chik.
Yang mana satu?
Keputusan PRU12 2008 VS Pertandingan 3 Penjuru PRU13 2013 (P121 Lembah Pantai)
Berdasarkan semakan Berita Semasa
terhadap keputusan Pilihanraya PRU12 (Pilihanraya Umum yang ke 12) tahun
2008 lalu, kemenangan yang berpihak kepada Nurul Izzah di kawasan Parlimen Lembah Pantai sehingga menewaskan Shahrizat Jalil dengan majoriti yang agak besar, iaitu 2,895 undi adalah sesuatu yang mengejutkan. Siapa sangka bukan?
Kalau mengikut suasana politik ketika
itu, tidak banyak isu yang diketengahkan. Samada baik daripada sebelah
Shahrizat Jalil mahupun Nurul Izzah. Shahrizat Jalil yang juga sebagai
Menteri Pembangunan Wanita dipaparkan di media arus perdana seorang
wakil rakyat dan menteri yang sering turun padang membantu kawasannya
melalui hebahan di media arus perdana.
Namun berdasarkan aspirasi yang
ditunjukkan oleh Nurul Izzah, penduduk Lembah Pantai akhirnya tetap
memilih Nurul Izzah, untuk menjadi wakil buat suara penduduk Lembah
Pantai di Parlimen.
Jangkaan Keputusan PRU13 Lembah Pantai : Raja Nong Chik Atau Nurul Izzah Anwar?
Berbanding untuk PRU13 3013 kali ini,
suasana politik sudah ja..uhhhh berbeza. Dalam masa 5 tahun ini,
macam-macam yang telah berlaku seperti………………..(KLIK SINI SEBABNYA)
sehingga Shahrizat Jalil sudah dijangka untuk tidak dipilih lagi
sebagai calon Parlimen Lembah Pantai kali ini. Kematangan rata-rata
pengundi di Malaysia umumnya dan penduduk Lembah Pantai amnya juga telah
jauh berbeza kalau hendak dibandingkan dengan pengundi-pengundi 5 tahun
dulu.
Lawan Nurul Izzah untuk PRU13 ini bukan
lawan sembarangan. Raja Nong Chik merupakan di antara “orang lama” di
Lembah Pantai dan cerita mengenai pelbagai karektor dan pencapaian Raja Nong Chik kepada penduduk Lembah Pantai, sering dikeluarkan dan dihebahkan di arus media perdana.
“Setiap gerak kerjanya mendapat perhatian media arus perdana”
Pencapaian Raja Nong Chik di Parlimen Lembah Pantai?
Sebaliknya berbanding Nurul Izzah, cerita-cerita mengenainya lebih berkisarkan isu-isu moral seperti kes video Nurul Izzah (KLIK SINI), yang masih belum dipastikan kesahihannya. Hanya khabar angin.
Namun, bukan bermakna kurangnya berita
mengenai Nurul Izzah, bermakna beliau tidak membuat kerja yang
sebetulnya. Dan tidak bermakna, lambakan berita dan pencapaian Raja Nong
Chik terhadap penduduk Lembah Pantai menunjukkan Raja Nong Chik adalah
wira sebenar penduduk Lembah Pantai.
Video Raja Nong Chik (UMNO) VS Nurul Izzah Anwar (PKR) di Dewan Rakyat
Pertembungan Nurul Izzah Anwar bukan
sahaja di kawasan Lembah Pantai sahaja, tetapi juga berlangsung cukup
panas ketika masing-masing membawa dan mempertahankan suara rakyat di
Dewan Rakyat. Hasilnya seperti video di bawah ini…
Tetapi, kematangan politik di kalangan
pengundi di Malaysia semakin meningkat. Mereka sekarang semakin kritis
dan analitikal dalam menilai sesuatu karakter.
Kami ingin bertanya kepada anda,
khususnya kepada penduduk Lembah Pantai, siapakah yang lebih layak untuk
membawa suara anda ke Parlimen menjelang Keputusan PRU13 Parlimen
Lembah Pantai? Raja Nong Chik atau Nurul Izzah?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNong Chik tu penjaga longkang ke? Atau jin yang tinggal di longkang? Bukan kerja-kerja longkang ni kerja DBKL.
ReplyDeletedia takde projek lain ke...
ReplyDeleteasyik main longkang je
patut mulut busuk
Boleh le... daripada tak ada.
ReplyDeleteApa pun keadaannya, kita mesti terus berkempen sehingga 5 may bagai memasti YB Nurul menang dengan majoriti lebih tinggi dari dulu.
ReplyDeletepergh.. penambahan pengundi 15883 tuuu..
ReplyDeleteyb nurul byk buat bakti amal tp tkde klr mana2 media...hanya org lembah pantai tahu apa yg nurul izzah lakukan.....PR better than bn
ReplyDeleteJOm rileks jap disini? Lihat sini
ReplyDeleteRaja tu debat tin kosong...tak leh pakai kepala otsk mengampu jer ..
ReplyDeletePenjaga longkang lebih mulia dri nurul izzah duk fitnah jaja dlm kain orang menuduh itu ini kerana nk memang dlm pru13. suruh dia jaga benda dlm kain dia & husband dia lebih baik sblum di sambar org...hu...hu..
ReplyDeletePR NURUL IZZAH LEBIH BAIK DRI BN, BETUL LAH TU ASYIK DUK MENUDUH ORG JE BAIK LAH SANGAT....
ReplyDelete