Diantara
semua calon Bebas yang mengemukakan kertas pencalonan hari ini, Kamilia
Ibrahim yang paling menonjol kerana kedudukannya sebagai Naib Ketua
Wanita dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau yang sebelum ini
melahirkan kekecewaan kerana tidak dipilih sebagai calon dan menyifatkan
ianya sebagai penghinaan kepada Wanita UMNO, akhirnya memutuskan
bertanding sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar sebagai jalan keluar
kepada sengsara yang ditanggungnya.
Sebaik mengesahkan bertanding, Kamilia bukan saja mengumumkan beliau
keluar daripada UMNO dan melepaskan semua jawatannya, tetapi tentunya
menjadikan jiwanya bertambah tenang selepas ini.
Jika beliau terus kekal di dalam UMNO, batinnya pasti lebih menderita lagi.
Keberanian beliau menunjukkan taringnya yang selama ini disembunyikan
dengan bertanding Bebas, sekurang-kurangnya haruslah diberi pujian,
lebih-lebih lagi di ketika yang sama UMNO dan BN memberi penghormatan
dan pengiktirafan kepada orang yang lain yang pernah menghina, menentang
dan mempersenda UMNO.
Sebelum ini, Zulkifli Nordin yang melompat daripada PKR, diberi
penghormatan oleh Najib bertanding atas tiket BN di Shah Alam kerana
beliau dianggap rakan mesra kepada BN. Pemilihan beliau, walaupun tidak
berapa mengejutkan melihat kepada tindakannya yang kerap membodek dan
mengampu Najib serta aktif menyerang Anwar Ibrahim sejak keluar PKR,
turut juga menyebabkan berlakunya pelbagai masalah seperti protes dan
tutup bilik gerakan di Shah Alam yang ditandinginya itu.
Tetapi oleh kerana Najib begitu menyanjung dan menghargainya, malah
Muhyiddin pula menyifatkan Zul Nordin sebagai calon yang "winnable",
segala protes itu dibiarkan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
saja. Zul kekal bertakhta di hati Najib walaupun rekod lamanya menyerang
dan mencerca UMNO begitu dahsyat sekali, termasuk tindakannya
mengubahsuai lagu UMNO untuk mempersenda UMNO dan Mahathir.
Ramai ahli UMNO marah dan menganggap tindakan Zul Nordin mempersenda
lagu UMNO itu perbuatan yang yang biadap dan kurang ajar, malangnya
disisi Najib beliau tetap dianggap mulia. Berbanding dengan Kamilia yang
mencurahkan khidmat dan pengorbanan sejak puluhan tahun lalu dengan
penuh setia dan jujur bersama UMNO, beliau tidak dianggap mulia dihati
Najib berbanding Zul Nordin.
Begitu juga dengan Ibrahim Ali yang bertanding Bebas di Pasir Mas. Semua
orang tahu rekod dan kelakuannya selama ini. Beliau telah melompat
beberapa kali dan tindakannya keluar masuk UMNO umpama pergi ke tandas
saja. Ketika di luar UMNO pula, serangan dan hentamannya terhadap UMNO
bukan kepalang lagi. Bukan saja UMNO, semua pemimpin UMNO juga diserang
dan dicaci-makinya.
Ibrahim walaupun tidak dipilih bertanding menggunakan tiket BN tetapi
tindakan calon BN Pasir Mas, Johan Che Pa yang tidak mengemukakan borang
penamaan calon untuk memberi laluan kepada Ibrahim bertanding satu
lawan satu dengan Pas, jelas membuktikan calon BN itu memang diarahkan
berbuat demikian.
Sejak seminggu lalu bila Ibrahim tidak dinamakan sebagai calon BN, sudah
bertebaran SMS dan khabar angin yang mengatakan akan berlaku wayang
kulit di Pasir Mas pada hari penamaan calon nanti iaitu dengan
sebab-sebab tertentu calon BN dikatakan akan hilang kelayakan
bertanding dan akhirnya Ibrahim akan menjadi calon Bebas yang disokong
oleh BN. Alasannya wayang kulit sedemikian terpaksa direka kerana
kononnya Najib tidak mahu dilihat BN dikaitkan secara langsung dengan
Ibrahim yang juga merupakan Presiden Perkasa demi menjaga hati pengundi
Cina di seluruh negara.
Dengan terbukti wayang kulit itu menjadi kenyataan dan kekecewaan
Ibrahim tidak dipilih sebagai calon BN hanyalah sandiwara saja, sekali
lagi disisi Najib, watak seperti Ibrahim ini lebih bernilai dan
menyentuh hatinya berbanding kesetiaan Kamilia terhadap UMNO selama ini.
Walaupun UMNO Kelantan dilaporkan kecewa dengan tindakan Johan Che Pa
itu tetapi jika tiada arahan daripada Najib, mustahil beliau berani
berbuat demikian. Tidak syak lagi Najib memberi arahan kepada Johan
supaya jangan menyerahkan borang pencalonan demi untuk memberi laluan
karpet merah kepada Ibrahim Ali.
Di mata kasar, tindakan Kamilia bertanding Bebas tidak menguntungkan
dirinya. Meskipun sudah mengumumkan keluar UMNO, beliau pasti akan
dipecat sekali lagi, selain kehilangan ramai kawan-kawan dan jika ada
kontrak atau perniagaan dengan kerajaan, ia juga mungkin terjejas.
Untuk menang sebagai calon Bebas di Kuala Kangsar juga tampak sukar
tetapi dengan rekod 2008 di mana BN hanya menang dengan 1400 undi,
perjuangan calon BN di kawasan itu menjadi lebih sukar lagi. Dengan
penyertaan Kamilia sebagai calon Bebas, BN hampir pasti akan kehilangan
kerusi Kuala Kangsar itu pada kali ini.
Namun sisi yang lain, tindakannya Kamilia ini memberi mesej yang jelas
kepada pengundi, bukan saja di Kuala Kangsar tetapi juga di seluruh
Malaysia tentang hodohnya wajah UMNO dan tidak beretikanya Najib dalam
mengemudi UMNO dan BN. Kesetiaan dan kepatuhan kepada pemimpin dan parti
tidak akan mampu mengatasi kehebatan membodek, mengampu dan mencium
tangan pemimpin. Mesej ini jika mudah difahami akan memberi kesan
penolakan yang besar kepada BN dalam pilihanraya kali ini.
Kamilia mungkin pemimpin kerdil dan tidak ternama tetapi sejarah di
Tunisia telah membuktikan bahawa punca utama yang merangsang kebangkitan
rakyatnya sehingga kerajaan Ben Ali tumbang ialah bila seorang penjual
buah-buahan yang terasa dianiaya oleh kerajaan telah membakar dirinya
sebagai tanda protes. Kematian pemuda yang tidak dikenali itulah
akhirnya yang menyebabkan rakyat bangkit dan menolak kerajaan Ben Ali.
Kamilia juga sedang membakar dirinya sekarang, dan marilah kita sebagai
pengundi yang akan membuat penentuan pada 5 Mei ini, sama-sama bangun
menyambut keberanian beliau itu. (SH 20/042013)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-