skip to main |
skip to sidebar
Mengapa Najib Belum Bubar Parlimen
Mengapa Najib Tidak Jadi Bubar Parlimen Hari Ini
oleh: Mohd sayuti Omar
Ketersasaulan juruhebah perempuan Radio Klasik Nasional kira-kira
jam 3:55 minit petang tadi untuk membawa para pendengar ke Putrajaya
bagi mengikuti pengumuman pembubaran parlimen oleh perdana menteri Najib
Razak tetapi tidak jadi, menjadi tanda tanya ramai.
Juruhebah berkenaan selepas membuat pengumuman itu terus meralat semula
kononnya siaran langsung itu tidak dapat diadakan kemudian pengumuman
itu ditenggelami dengan muzik. Beberapa minit selepas itu juruhebah itu
terus diam dan soal pembubaran parlimen menjadi sepi.
Persoalan timbul kenapa juruhebah berkenaan membuat pengumuman dan
seolah-olah bersedia untuk berhubung dengan rakan setugasnya di
Putrajaya bagi melaporkan pembubaran parlimen yang memang
dinanti-nantikan rakyat? Apakah dia sengaja pandai-pandai atau satu
gurauan? Gurau beruk?
Kebiasaanya apa-apa yang diucapkan oleh juruhebah ia adalah atas arahan
penerbit. Bukan sembarangan kata-kata atau pengucapan apa lagi perkara
sepenting itu boleh dilapazkan oleh seseorang juruhebah.
Apakah petang tadi sememangnya Najib hendak
mengumumkan pembubaran parlimen? Sejak kelmarin lagi terdengar desas
desus Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen hari ini. Katanya satu
solat hajat meminta proses pembubaran itu berjalan lancar telah diadakan
malam tadi.
Kemungkinan itu menjadi lebih serius lagi kerana hari ini Najib
mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional dan
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri di peringkat akhir.
Perjumpaan itu mengenai pembahagian kerusi justeru ia dianggap
perjumpaan terakhir dan pengumuman pembubaran parlimen dilakukan selepas
perjumpaan itu?
Khabarnya pejabat perdana meteri di Putrajaya petang tadi dihadiri oleh
ratusan wartawan dari dalam dan luar negeri untuk menanti kenyataan
pembubaran parlimen oleh Najib. Bagaimana pun mereka semuanya pulang
dengan kecewa kerana apa dinanti-nantikan tidak menjadi kenyataan.
Setengah siap sedia untuk membuat siaran langsung termasuklah RTM, TV3
dan segala macamnya.
Dalam pada itu ada maklumat mengatakan memang Najib berhajat untuk
membuat pengumuman pembubaran parlimen pada petang tadi. Katanya Najib
sendiri memilih petang Jumaat untuk berbuat demikian. Namun kata sumber
itu disebabkan ada beberapa perkara yang belum beres menyebabkan hasrat
itu dibatalkan.
Apakah semasa mesyuarat tadi berlaku pertikaian atau pun ada pihak yang
belum bersedia kalau parlimen dibubar hari ini? Perkara ini tidak dapat
disahkan tetapi katanya ada beberapa pemimpin yang mahu Najib lanjutkan
tempoh dan berharap parlimen biarlah terbubar dengan sendiri. Alasan
lain kenapa parlimen tidak dibubarkan hari ini khabarnya soal
pembahagian kerusi di antara komponen BN masih belum selesai.
MCA adalah parti yang lantang menuntut kerusi dan memberi kata dua
kepada Najib. Parti itu tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi di
mana kuota yang diperuntukkan kepadanya selama ini ditarik balik.
Khabarnya ada suara ugutan dari MCA akan memulaukan pilihan raya
sekiranya soal pembahagian kerusi tidak lengsai?
Alasan lain diberikan kepada Najib, elok Najib membubar parlimen selepas
4 April di mana genap empat tahun beliau menjadi perdana menteri
setelah mengambil alih dari Abdullah Ahmad Badawi. Kalau Najib
mengumumkan pembubaran parlimen hari ini, ia bermakna Najib menjadi PM
tidak sampai empat tahun. Tempoh perkhidmatannya baru tiga tahun tiga
suku. Mereka tidak mahu Najib digelar sebagai PM tiga tahun tiga suku.
Dalam pada itu diramalkan besar kemungkinan Najib akan mengumumkan
pembubaran parlimen paling lewat 16 April ini. Beliau akan berusaha juga
untuk mengelakkan parlimen terbubar dengan sendiri untuk menjaga
reputasinya. [wm.kl. 8:15 pm 29/03/13]